Pasangan Warga Emas Berfesyen Baju Dobi

Pasangan Warga Emas Curi Perhatian, Tampil Berfesyen Dengan Baju Tinggalan Dobi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pasangan warga emas mencuri perhatian pengguna laman sosial setelah tampil berfesyen dengan mengenakan pakaian milik pelanggan yang tidak diambil sejak puluhan tahun di kedai dobi mereka.

Dek kerana idea kreatif daripada cucu-cucunya yang tidak mahu datuk dan nenek mereka kebosanan sepanjang mengendalikan kedai dobi, atuk dan nenek ini dikenali netizen apabila cucunya memuat naik gambar-gambar aksi mencuit hati mereka di Instagram @wantshowasyoung.

Pemilik kedai dobi, Wanji, 83, dan isterinya, Sho-Er, 84, kini lebih gembira kerana dapat mengisi masa lapang sambil menguruskan perniagaan kedai cuci pakaian bernama Wanxiu Laundry, di Taiwan.

Berdasarkan laporan portal media tempatan, dalam menguruskan kedai dobi itu, mereka berdua juga ada mengumpul pakaian yang tidak dituntut oleh pelanggan.

Pakaian-pakaian itu telah dikumpul lebih kurang 10 tahun sejak kedai dobi itu dibuka.

“Bila lihat banyak pakaian tidak diambil oleh pelanggan, ada yang lebih 10 tahun terbiar di kedai ini.

“Jadi saya ubah pakaian lama kepada pakaian baru dan diperagakan. Tak sangka ramai suka dan gemarinya,” kata cucu mereka.

Mereka berharap agar semua orang tahu bahawa usia bukan halangan untuk tampil bergaya. Malah pakaian lama masih boleh berubah menjadi pakaian yang bergaya.

Pasangan Warga Emas Berfesyen Baju Dobi
Sumber: IG

Sementara itu, foto-foto aksi peragaan pasangan itu dikongsi oleh cucu-cucu mereka dalam laman Instagram @wantshowasyoung, sekali gus telah mencuri perhatian netizen yang menyokong hasil kerja tersebut.

“Pada mulanya mereka tidak tahu apa itu Instagram dan pengikut. Jadi saya terangkan kepada mereka dan ternyata datuk, nenek gembira ramai menyukai mereka,” katanya.

Sehingga kini, jumlah pengikut Instagram melebihi 132,000 dari seluruh dunia sejak dimuat naik gambar pertama mereka pada 27 Jun lalu.

https://www.instagram.com/p/CCXdqevn4UM/