
Pasangan Malaysia Di Norway Didakwa Atas Tuduhan Dera Anak Kerana Berpuasa Lebih 12 Jam
Masih ingatkah lagi kes penahanan sepasang suami isteri di Sweden yang didakwa merotan anak mereka kerana enggan menunaikan solat? Susulan itu, anak-anak mereka dipisahkan dan diletakkan di bawah penjagaan pihak lain. Kes ini turut mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabagsa.
Terbaru, sepasang suami isteri menerima nasib yang sama selepas anak mereka mengadu keletihan berpuasa kepada guru. Kementerian Luar mengesahkan pasangan ini, Hairi Muhamad dan Norliha Khamis sedang menghadapi perbicaraan di Norway atas pertuduhan mendera anak mereka.
Kisah pasangan ini dimuat naik oleh adik kepada Hairi Muhamad di laman Facebook untuk meminta pertolongan netizen mendoakan agar abangnya mendapat kembali hak penjagaan terhadap anak-anaknya.
Menurut Hasrol, abangnya hanya boleh berjumpa dengan anak-anaknya sebulan sekali selama tiga sahaja.
“Anak-anak Along pun dah minta maaf, mereka mahu kembali kepada Along dan Kak Long,” kata Hasrol kepada pemberita Harian Metro.
Hasrol adalah adik kepada Hairi Muhamad, 42, yang menetap di Stord, Norway sejak 10 tahun lalu bersama isterinya, Norliha Khamis, 42, dan lima anak.
Bagaimanapun, sejak Mei lalu, Hairi yang bertugas sebagai pakar kimpalan dan isterinya, Norliha hilang hak penjagaan lima anaknya berusia antara empat dan 16 tahun selepas berdepan siasatan pihak berkuasa susulan aduan dibuat seorang daripada anaknya.

Katanya, awal Ramadan lalu, seorang anak Hairi yang mungkin letih kerana berpuasa ditegur gurunya dan dia memaklumkan tertekan kerana berpuasa pada waktu yang lama (melebihi 12 jam). Guru itu mungkin berpendapat kanak-kanak terbabit didera dan membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan kanak-kanak.
Tambah Hasrol, memang keluarga abangnya ada peguam mewakilinya ketika perbicaraan namun abangnya bimbang kerana dakwaan memukul anak cukup berat di sana.
Di Norway, terdapat agensi perlindungan (Barnevernet) yang bertanggungjawab atas kebajikan kanak-kanak. Di bawah undang-undang Norway, Barnevernet mempunyai kuasa untuk bertindak jika mereka mengesyaki seorang kanak-kanak menderita dan menempatkan mereka dalam penjagaan angkat atau di institusi kebajikan.
Perbicaraan kes terhadap Hairi dan Norliha diteruskan pada 4, 5 dan 6 November ini dan dijangka keputusan terhadap kes itu juga akan dibuat dalam masa terdekat.
Bagi sesiapa yang mempunyai saluran untuk membantu keluarga ini amat dialu-alukan dan boleh menghubungi Hasrol di talian:
Hasrol (013-7304713) Adik kepada Hairi
Munirah (019-7975264) Adik Ipar
https://www.facebook.com/mUnieasRoL/posts/2661296473892503
Sumber: Harian Metro, Worldtourismgroup, BH
Trending now



