
Pasangan Ini Cipta Sejarah Anjur Majlis Perkahwinan Secara Pandu Lalu Pertama Di Malaysia
Pasangan ini cipta sejarah anjur perkahwinan secara pandu lalu pertama di Malaysia.
Biarpun kes baharu yang dicatatkan sudah semakin rendah, namun norma baharu tetap perlu diamalkan sebagai langkah keselamatan bagi mencegah berlakunya penularan.
Tidak tertakluk kepada norma harian seperti pergi ke kedai dan sebagainya, norma baharu ini turut merangkumi atur cara majlis perkahwinan.
Pasangan ini mencipta sejarah sebagai pasangan pertama yang menganjurkan majlis perkahwinan dalam bentuk pandu lalu yang mana setiap kenderaan hanya diberi masa seminit untuk bertemu pasangan pengantin.

Pengantin lelaki yang dikenali sebagai Aguzz merupakan pemilik perniagaan Burger Viral AguzzBurger melansungkan perkahwinan dengan mengekalkan prosedur operasi standard mengikut saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), iaitu:
- Kenderaan beratur menuju ke kanopi pelamin,
- suhu disemak oleh anggota RELA yang bertugas,
- catat nama berserta nombor telefon,
- masukkan sumbangan ke dalam tabung ‘Salam Keruk’ yang disediakan,
- pengantin menunggu di pelamin, kenderaan tetamu berhenti, tetamu mengucapkan tahniah serta penyerahan hadiah tanpa perlu keluar dari kenderaan dan bersentuhan, dan
- setiap kenderaan hanya diberi masa seminit sahaja.



Perjalanan majlis yang dikongsikan oleh Zenuz Production ini mendapat perhatian netizen dan setakat ini hantaran tersebut sudah sudah tular di laman media sosial lain.
https://www.facebook.com/zenuz.productionn/photos/a.3019987631454644/3019988514787889/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARB6eLSYqkK2Sh5mNEqoOX7jd0f3_TB3YMcprem7QRjcv2j_UR0RsUMtbOYxgXniCdd-hdFKnBRo1AX1jIeKzkUWz10AeOkvh8De55DEfdA8FH1DpVEtCQA0ugsP38GOHwEd4kjEk0nO_t30pYatW5AGuxdqG6fj8SgQCkL0vnuJ6H3kOIzUpJeIYpy7ZslvFPvIqenrfzEFH3bVxnMXdB64-m7hJCOkCE3VnwMsarHG_2L1-2-IV_-48Z9ibS6fY0yk8IPXbEHdczK4O19lMDkl7XbuOhaV4p8mXzhwwCX4RNhz8fRAL_qcDOKA9Au6HRb2h1WxzFz_psIYuKtEa57gNN9NGHXc45R4-0xGmOlSMfT1izjj_4VAip4h2j5KKqgWZ0eP6HrrTWMI6HH1SkKfzuYbmVFhR3whx7NHnh2LarXKeGZLsBhgMbskS32KsXwct8-LYkbrCjn9EdDG&__tn__=-R
Tonton kemeriahan majlis perkahwinan pasangan ini di pautan bawah:
29 Jun lalu, Kementerian Perpaduan Negara telah mengeluarkan SOP penganjuran majlis sosial termasuklah kenduri, majlis perkahwinan dan pertunangan selepas mendapat persetujuan daripada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Antara SOP lain yang ditetapkan adalah:
- Para pengunjung tidak boleh melebihi had kapasiti kehadiran seramai 250 orang (mengikut saiz ruang majlis),
- mewajibkan penjarakan sosial dilaksanakan,
- tempoh penganjuran hanya tiga hingga lima jam sahaja,
- hidangan dalam bentuk layan diri tidak dibenarkan,
- penganjur perlu memastikan tetamu makan dalam kedudukan penjarakan sosial dan tidak berkumpul semasa makan,
- majlis tidak dibenarkan sekiranya penganjur sukar untuk mengawal keadaan dan perilaku tetamu, dan
- tetamu dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis.