Tangkap layar dari Twitter @mira_n24

Pasang ‘Speaker’ Kuat-Kuat Untuk Semua Aktiviti, Masjid Di Taman Perumahan Ini Undang Rasa Kurang Senang Penduduk

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Isu pembesar suara atau ‘speaker’ yang digunakan di surau dan masjid agak sensitif untuk dibangkitkan di Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Namun, masyarakat secara umum sedar dan menghormati Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi Malaysia.

Tidak timbul isu sebenarnya azan 5 waktu berkumandang kuat di masjid dan surau bagi menandakan setiap kali masuk waktu solat.

Inilah keunikan kepelbagaian kaum di Malaysia yang sentiasa menghormati dan bertoleransi demi keharmonian di antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, dikhuatiri tidak ada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas mengenai penggunaan pembesar suara di masjid dan surau atau kurangnya dari segi penekanan oleh jabatan agama atau majlis agama tempatan sendiri.

Inilah yang cuba disuarakan oleh seorang pengguna Twitter amira (@mira_n24) menerusi ciapannya berikut:

Tangkap layar dari Twitter @mira_n24
– Tangkap layar dari Twitter @mira_n24

“Isunya adalah semua aktiviti tersebut mereka pasang speaker sekuat-kuatnya sehingga saya rasa agak sedikit terganggu. Kalau buat semua aktiviti tu hanya dalam masjid tanpa speaker boleh saja kan?”, jelasnya lagi.

Beliau turut meminta nasihat dan pandangan dari seorang ustaz, Muhammad Fahmi (@fahmirusliMFR) mengenai hal ini.

“Ya, tuntutan utama pada menggunakan pembesar suara luar hanyalah untuk azan 5 waktu solat sahaja”, jelas beliau melalui satu ciapan.

Tangkap layar dari Twitter @fahmirusliMFR
– Tangkap layar dari Twitter @fahmirusliMFR

Menurut Ustaz Muhammad Fahmi lagi, aktiviti lain seperti ceramah atau kuliah, bacaan Yasin, tahlil dan Al-Mulk pula cukup dengan menggunakan pembesar suara di dalam masjid sahaja tanpa menggunakan pembesar suara luar.

Penjelasan beliau turut dilampirkan bersama rujukan dari fatwa Imam al-Nawawi yang menyatakan bacaan Al-Quran yang kuat di luar solat dikhuatiri boleh mendatangkan perasaan riak, mengganggu orang yang sedang solat, orang sakit, orang yang sedang tidur, orang yang uzur dan jemaah lain yang sedang beribadat.

Sementara itu, Ustaz Firdaus Firabib yang bertugas sebagai seorang imam di Masjid Al Busyra Merbok, Kedah pula berpendapat, isu tersebut dirisaukan akan menjadi gangguan kepada penduduk berhampiran.

Dipetik dari portal Majoriti, beliau menjelaskan, “Kawasan taman perumahan perlu ambil berat soal itu, sepatutnya tidak perlu kuatkan atau terus tutup pembesar suara luar. Supaya tidak mengganggu penduduk yang nak berehat atau ada urusan di rumah atau ada anak kecil”.

BACA: Rahsia Di Sebalik Sistem Audio Yang Tak Pernah Gagal Di Masjidil Haram

Sumber: Twitter @mira_n24, @fahmirusliMFR, Majoriti