Pasang Jalur Gemilang Terbalik Tanda Pengkhianatan Terbuka Kepada Negara

Menghampiri sambutan kemerdekaan negara yang ke-62, semakin banyak isu-isu yang dinaikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, antaranya bantahan sukatan Jawi dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu, mewarnakan Jalur Gemilang dengan warna hitam, penghinaan kepada anggota tentera dan isu perkauman disebabkan salah faham mengenai kenyataan Dr Zakir Naik.

Belum lagi reda isu-isu terdahulu, kini muncul satu lagi isu baharu, iaitu pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik oleh beberapa pihak secara terbuka antaranya yang berlaku di cawangan syarikat kereta Toyota (PDC Auto Kuantan), di sebuah sekolah di Pahang dan di sebuah apartment di Melaka Raya.

Bendera Jalur Gemilang Terbalik 3

Tampil melakukan permohonan maaf terbuka di Facebook rasmi Toyota Malaysia, pihak Toyota meluahkan kekesalan kejadian yang sepatutnya tidak berlaku dan mengakui kecuaian yang tidak disengajakan.

Kami di UMW Toyota ingin memohon maaf di atas kesilapan salah sebuah pengedar Toyota kami yang telah menggantungkan…

Posted by Toyota Malaysia on Sunday, August 18, 2019

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador pula pemasangan Jalur Gemilang di sekolah terbabit adalah sesuatu yang tidak disengajakan dan bukannya bertujuan mahu mengaibkan atau membantah di luar sekolah.

Jalur Gemilang yang dipasang terbalik tersebut merupakan kesilapan yang dilakukan oleh pekerja asing kerana tidak memahami cara pemasangan yang benar. Beliau turut menyeru agar semua pihak jangan cepat melatah dan mengeksploitasi kes-kes sebegini tanpa mendapatkan fakta sebenar.

Bendera Jalur Gemilang Terbalik

Isu ini kemudiannya dipersoalkan oleh Ketua Pemuda Umno bahagian Selangor, Rizam Ismail sama ada benarkah semua yang berlaku ini hanya kebetulan atau memang suratan kerana umum sedia maklum pemasangan bendera Malaysia secara terbalik merupakan salah satu mesej penghinaan kepada negara.

Umum sedia maklum, Jalur Gemilang menjadi simbolik kepada keberanian rakyat Malaysia dan kemuliaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri bagi seluruh negeri di Malaysia.

Jadi penghinaan kepada Jalur Gemilang seakan melakukan penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan institusi Raja-Raja Melayu, bertentangan dengan konsep ikrar lima Rukun Negara.

Berikut merupakan antara kejadian pemasangan Jalur Gemilang yang dapat dikenal pasti di Malaysia.

Bendera Jalur Gemilang Terbalik 1

Bendera Jalur Gemilang Terbalik 4

Bendera Jalur Gemilang Terbalik 5

Bendera Jalur Gemilang Terbalik 6

Sumandak Sabah memang hebat!

EYLIA GUNTABID:Exclusive Interview

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.