Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 1

Parti Tempatan Dakwa Rancangan Struktur Pulau Pinang 2030 Terselit Sebuah Pulau Tambahan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas melalui proses kajian dan penelitian panjang, Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030 akhirnya berjaya diwartakan pada 24 Oktober lalu.

Kejayaan pewartaan tersebut menjadi cerminan bahawa kerajaan negeri komited dalam memastikan hala tuju pembangunan Pulau Pinang menjadi lebih jelas sehingga 2030 sejajar dengan Visi Penang 2030.

Dalam dokumen RSNPP 2030, kerajaan negeri telah memasukkan tiga pulau buatan di perairan selatan pulau Pulau Pinang.

Namun, sebuah parti tempatan iaitu Fron Sosialis Rakyat Malaya mendakwa ada sebuah pulau tambahan yang keempat dimasukkan ke dalam pelan tersebut tanpa mendapatkan konsultasi umum.

Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 2

Kewujudan pulau tersembunyi yang berada berhampiran jambatan kedua di perairan Batu Maung itu dikatakan tidak berada di dalam draf RSNPP sebelum ini.

Mereka yang diwakili oleh Teh Yee Cheu memberitahu NGO telah menghabiskan banyak masa untuk meneliti rancangan tersebut dan beliau masih ingat dengan jelas salinan draf sebelum ini adalah tanpa pulau keempat ini.

Menurut pihak berkuasa Pulau Pinang, pulau keempat yang mereka maksudkan adalah untuk pembinaan sebuah lapangan terbang baharu yang berkemungkinan besar akan dikeluarkan.

Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030

Menurut Teh, pihak kerajaan negeri sepatutnya mendedahkan projek yang akan dijalankan oleh pemaju swasta di sana.

Beliau turut menyentuh mengenai satu kawasan yang ditandakan penambakan di kawasan utara jambatan Pulau Pinang yang dikenali sebagai Bank Tengah yang merupakan ‘rumah’ kepada kehidupan marin dan tidak sepatutnya berlaku pembangunan di sana.

Sumber: FMT, Penang Property Talk