
Paramount Pictures Bakal Hasilkan Filem Power Rangers ‘Reboot’
Apa yang akan anda lakukan apabila makanan anda sudah tamat tarikh luputnya? Buang? Atau makan sahaja selagi tidak berbau dan berkulat?
Tetapi sebenarnya ada beberapa makanan yang masih boleh dimakan walaupun sudah lepas tarikh luput. Nak tahu apa? Jom baca senarai di bawah.
1. Keju
Selepas ini, jika keju anda sudah berkulat, jangan buang kesemua keju itu. Buang sahaja kawasan yang berulat dan keju anda selamat untuk dimakan kerana ianya tergolong dalam kategori makanan yang selamat dimakan setelah tarikh luput.
2. Bijirin
Yang menariknya, bijirin boleh bertahan berbulan-bulan selepas tarikh dijual. Tip yang paling penting, simpan bijirin anda di tempat yang sesuai; sejuk dan kering.
3. Pasta
Pasta kering biasanya mempunyai jangka hayat setahun hingga dua tahun dan boleh dipanjangkan lagi tempohnya kerana tidak mempunyai kandungan air. Selagi tersimpan dalam tempat yang bersuhu sejuk dan kering, anda masih boleh menggunakannya. Tetapi berbeza dengan pasta segar kerana mempunyai kandungan air dan senang untuk rosak.
4. Yogurt
Jangan buang produk tenusu anda jika tarikh luputnya sudah terlepas selama sehari atau dua hari, melainkan sekiranya penutupnya sudah dibuka. Produk tenusu yang masih lagi bertutup masih lagi boleh dimakan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh luput. Tapi periksa dahulu sama ada berkulat atau tidak.
5. Kerepek
Kerepek yang sudah melepasi tarikh luput masih selamat untuk dimakan. Masalahnya mungkin pada teksturnya yang sudah lemau. Kalau sudah dibuka, anda boleh simpan kerepek anda selama beberapa minggu. Kalau masih belum dibuka, ianya masih selamat walaupun sudah berbulan.
Tapi, ada ke yang tinggalkan kerepek sehingga berbulan-bulan?
Jadi, selepas ini kalau makanan di atas sudah lepas tarikh luput jangan terburu-buru buang ya.
Nota:
Kalau anda perasan, ada produk yang akan gunakan perkataan ‘baik sebelum’ atau ‘gunakan sebelum’ pada bungkusan makanan.
Tapi, apa beza kedua perkataan ini?
‘Baik sebelum’: kualiti makanan
‘Gunakan sebelum’: keselamatan produk.
Kebiasaannya, makanan dalam tin akan menggunakan perkataan ‘baik sebelum’ yang mana secara umumnya akan membawa makna masih selamat dimakan selepas tarikh luput selagi tidak berbau dan bertekstur pelik.
Sumber: Bustle
Siapa yang tak nak kongsi burger besar macam ini memang gelojoh orangnya.
7 Burger Besar Yang Wajib Dikongsi
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/154264018810678/