Anak Perempuan Ayah

Parah! Anak Perempuan Umur 14 Tahun Tapi Masih Tidur Dan Mandi Dengan Bapanya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Agak merisaukan, kes sumbang mahram atau gejala haruan makan anak masih lagi kerap dilaporkan berlaku di Malaysia.

Perbuatan hina dan terkutuk yang masih banyak berlaku di dalam sebuah negara Islam seperti negara kita ini juga jelas menunjukkan betapa ceteknya ilmu pengetahuan agama di kalangan ramai ibu bapa pada hari ini.

Di Facebooknya berikut, seorang Peguam Syarie, Nur Fatihah Azzahra telah berkongsi satu pendedahan mengejutkan yang dibuat oleh salah seorang kliennya untuk dijadikan sebagai pengajaran dan iktibar kepada masyarakat.

Anak Perempuan Ayah

Anak perempuan sudah berusia 14 tahun, tapi masih tidur bahkan mandi dengan ayah. Sebelum orang kata jaja cerita klien, cerita ni saya kongsi dengan izin serta kehendak sebagai nasihat daripada seorang ibu berusia 40an.

Anak perempuannya cukup sifat, sempurna tubuh badan dan akal fikiran, serta boleh menguruskan diri sendiri. TAPI, disebabkan “kebiasaan” dari kecil sudah biasa ayah yang urus buatkan, ia berubah menjadi KEHENDAK.

Kadang-kadang dengar suara gelak ketawa di dalam bilik air apabila mereka mandi bersama. Pernah juga si ibu melihat gurau senda sehingga menyentuh “private part” masing-masing.

Apa tindakan si ibu?

Menegur, marah, duduk diskusi, daftar ke kaunseling keluarga bahkan buat air tawar ustaz. Risau dengan pendedahan kepada perkara-perkara bersifat ‘seksual’ terlalu awal kepada anak perempuan selain dibimbangi berlaku kes haruan makan anak atau sumbang mahram.

Saya tanya, pada umur berapa berpisah tempat tidur dengan anak? Jawabnya sewaktu anak berumur 12 tahun.

Pernah berborak dengan anak, malu tak ayah sentuh bergurau begini? Anak jawab tidak, dia suka.. Memang dia nak ayah buat begitu kalau tidak rasa tidak disayangi lagi. Parah.

Pentingnya memisahkan tempat tidur di antara anak dengan ibu bapa ataupun adik-beradik lelaki berbeza jantina. Kadang-kadang kita rasa benda tu kecil, nanti dia dah nak kawin pandailah dia jaga diri. Sampai satu tahap kita pula yang sakit hati tengok kemesraan luar biasa antara pasangan kita dengan anak sendiri.

Saranan Nabi SAW;

مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا، وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Bermaksud: Perintahkan anak-anak kamu untuk menunaikan solat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka ketika mereka berusia sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur di antara mereka.

Anak dah akil baligh,

Hormon mereka sudah berubah,

Keinginan seksual juga sudah ada.

Jenayah sumbang mahram masih berleluasa tak kisahlah antara ibu, ayah, adik-beradik. Moga Allah jaga nasab keturunan kita.

BACA: 10 Sebab Membesarkan Anak Zaman Sekarang Sangat Mencabar

Sumber: Nur Fatihah Azzahra