Jalur Gemilang Lima Bucu

Papar Jalur Gemilang Lima Bucu, MABA Mohon Maaf

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Suratan atau kebetulan?

Belakangan ini, ada sahaja isu yang memecahbelahkan perpaduan rakyat. Antaranya isu mengenai Jalur Gemilang yang sengaja disalah warnakan, digantung terbalik dan terkini tular video majlis perasmian sebuah kejohanan yang memperlihatkan bendera Malaysia diperlekehkan.

Rakaman video itu memaparkan bendera Jalur Gemilang ditayang pada skrin sambil diiringi nyanyian lagu Negaraku. Bagaimanapun, Jalur Gemilang yang dipaparkan pada skrin itu jelas berbeza apabila bintang pecah 14 yang melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan diubah menjadi lima sahaja.

Difahamkan, video berdurasi 1 minit 40 saat itu dirakam ketika Majlis Perasmian Kejohanan Bola Keranjang didakwa di bawah kelolaan Malaysian Basketball Association (MABA).

Beberapa orang awam yang berada di sana semasa majlis pembukaan itu turut terkejut dengan paparan dan mendakwa bahawa ia kelihatan seperti bendera komunis.

https://twitter.com/999Malaysia/status/1199145033212944384

Susulan daripada insiden itu, MABA tampil memohon maaf atas kesilapan pada Jalur Gemilang yang ditayangkan itu.

“Kami memohon maaf atas kesilapan ini, dan kami bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan tersebut.

“Maafkan kami, kerana kami sentiasa berusaha untuk berkembang dan membangunkan sukan bola keranjang di Malaysia,” tulis di laman Facebook rasmi MABA.

https://www.facebook.com/MalaysiaBasketball/posts/2732298023459341?__xts__%5B0%5D=68.ARBmiV81mEw46n3CY409tA4FeqZOi3bx_UH8RrTNpyOKTH2l7W5Z5IT59sdEDSuVAPm-2gnjvRx3E1_2_4qkCFOSkXMZsDObKYgVORaMM5O9vtx4quDEZ277m6X86VkDsRecnxi7Hm54R8qRDAsQW6HbDv-4oUVDzKM7M7A9BhLhOlqkAG_majZ6YqN1gtIpTLr6Q3eD-RGWr-bKqj37xA-HShFo_Fc3MbqQZ2VbpFX7tLVLfHmTO8-MAB0TUWScr0mcw9axOdyHERhCAFOpvBV2qfSiFrOLumxuCD30W0UX4kpwy5gP8VlmAr5mPKQTGho605dEztXW0TIp-HT6WA&__tn__=-R

Setiap elemen dan aspek yang terdapat pada bendera Jalur Gemilang mempunyai huraian tersendiri yang melambangkan agama persekutuan, raja-raja, perpaduan, keberanian dan kesucian serta keluhuran.

Jalur Gemilang Lima Bucu

Bulan dan bintang juga membawa makna agama Islam sebagai agama persekutuan, sementara pecahan bintang itu juga memberi makna perpaduan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan.

BACA: Pasang Jalur Gemilang Terbalik Tanda Pengkhianatan Terbuka Kepada Negara

BACA: Isu ‘Hina’ Jalur Gemilang Hitam Merah, Adakah Cukup Sekadar Permohonan Maaf?