Hustlers Haram Di Malaysia

Papar Aksi Melampau Punca ‘Hustlers’ Lakonan Jennifer Lopez Diharamkan Di Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Umum mengetahui, filem ‘Hustlers’ arahan Lorene Scafaria ini merupakan filem jenayah yang diadaptasi daripada artikel ‘The Hustlers at Scores’ di majalah New York.

Walaupun memaparkan genre jenayah, mengapa filem ini diharamkan di Malaysia?

Filem yang didasarkan daripada kisah benar ini mengisahkan mengenai sekumpulan wanita yang menggunakan taktik menggoda mangsa dengan meletakkan dadah ke dalam minuman sebelum mengajak mereka ke kelab tarian b0gel.

Para pemangsa yang terdiri daripada pedagang saham atau ketua pegawai eksekutif ini akan ‘dirompak’ dengan cara dikenakan bayaran tinggi semasa dalam keadaan khayal.

Hustlers Haram Di Malaysia 1

Filem yang turut dibintangi Constance Wu, Julia Stiles, Keke Palmer, Lili Reinhart, Lizzo dan Cardi B ini terlebih dahulu membuat kemunculan di Festival Filem Antarabangsa Toronto 7 September lalu dihalang daripada memasuki pawagam Malaysia kerana tidak berjaya melepasi saringan Lembaga Penapis Filem (LPF).

Ini berikutan daripada babak-babak melampau dengan pakaian terlampau mencolok mata, tidak bersesuaian dengan konteks budaya dan agama di Malaysia selain daripada babak yang boleh mempengaruhi penonton kerana data perincian yang dipaparkan.

Banyak pengedar yang telah melakukan promosi sebelum menghantar untuk ditapis ke lembaga penapisan terpaksa menarik balik tarikh tayangan ‘Hustlers’ selepas filem berkenaan diharamkan di Malaysia.

Sumber: MalaysiaKini

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2Wj8RzFmRs/