Proses Penghasilan BoBoiBoi Movie 2 1

‘Papa Zola’ Kongsi Cabaran Dalam Penghasilan Filem Animasi BoBoiBoy Movie 2

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru lima hari ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Malaysia, filem animasi BoBoiBoy Movie 2 telah berjaya mengutip RM9.9 juta. Jumlah kutipan yang sama diperlukan selama 13 hari untuk filem BoBoiBoi yang pertama membuktikan bahawa animasi tempatan semakin mendapat tempat di hati penonton.

Kini sudah 11 hari ditayangkan, BoBiBoy Movie 2 telah memecahkan rekod apabila berjaya membuat kutipan sebanyak RM21 juta dan dijangka akan memecahkan rekod industri filem animasi tempatan yang dijadualkan sehingga 4 September ini.

https://www.instagram.com/p/B1Vwo00Hh6A/

Pengarah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Razak semalam berkongsi di ruangan Facebooknya mengenai kisah sepanjang menghasilkan filem animasi kegemaran ramai.

Proses Penghasilan BoBoiBoi Movie 2

Beliau yang juga merupakan suara latar bagi watak Papa Zola memberitahu bahawa pada awalnya durasi filem ini adalah sepanjang 130 minit. Namun disebabkan 40% daripada golongan penonton adalah kanak-kanak, mereka terpaksa memotong sehingga filem ini hanya berdurasi 110 minit.

Secara umumnya, durasi untuk filem animasi khas untuk kanak-kanak yang dibenarkan adalah 100 minit sahaja supaya kanak-kanak tidak bosan. Namun pihak produksi memilih untuk ‘melanggar’ aturan tersebut kerana golongan penonton yang disasarkan bukan hanya kanak-kanak tetapi semua peringkat umur.

Proses Penghasilan BoBoiBoi Movie 2 3

Penghasilan filem BoBoiBoy Movie 2 dalam tempoh masa 12 bulan adalah sangat mencabar, terutamanya mahu menarik kembali minat penonton BoBoiBoi pada tahun 2011 untuk menonton siri kedua lapan tahun kemudian.

Jadi, BoBoiBoy Movie 2 perlu dihasilkan supaya ianya terlihat menarik dan mudah difahami bukan hanya dalam kalangan kanak-kanak, tetapi supaya remaja malah ibu bapa dan orang dewasa yang turut menjadi peneman kanak-kanak bawah umur tidak merasakan ianya adalah sesuatu yang membosankan.

Proses Penghasilan BoBoiBoi Movie 2 2

Kata Nizam, ada beberapa adegan yang terpaksa dibuang agar tempo jalan cerita menjadi smooth, tidak keterlaluan dan membolehkan penonton menjiwai setiap watak dan paparan babak.

Ianya bukan sekadar filem yang menghiburkan tetapi juga memberikan mesej dan pengajaran kepada setiap golongan. Yang paling penting dan memuaskan untuk pihak mereka ialah tayangan filem ini dapat membuatkan sebuah keluarga meluangkan masa berkualiti bersama dan bergembira.

Sumber: Nizam Razak

 

BeTak perlu ke Maldives dah, PD pun dah ala-ala luar negara.

Lexis Hibiscus 2 : YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.