Cina Perkahwinan

“Pantang Ambil Personal Loan” – Cara Bagaimana Kaum Cina Rancang Majlis Perkahwinan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang pemuda berbangsa Cina, Tai Zee Kin telah membuat satu hantaran di Facebooknya bagi berkongsi pandangan berkenaan satu tangkap layar yang tular mengenai cara segelintir kaum Melayu di Malaysia mengadakan majlis perkahwinan.

Umum mengetahui, memang telah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat Melayu, ada yang berbelanja di luar kemampuan semata-mata untuk mengadakan majlis kenduri kahwin sehingga sanggup berhutang.

BACA: Kahwin Berhutang – Sindiran P. Ramlee Yang Masih Relevan Hingga Ke Hari Ini

Ini sangat berlainan dengan apa yang diamalkan oleh kaum Cina sejak zaman dahulu untuk meraikan pengantin baharu mereka. Ikuti bagaimana caranya kaum Cina di Malaysia membuat perancangan untuk mengadakan majlis perkahwinan serta perbezaannya dengan masyarakat Melayu dari segi pengurusan kewangan dalam perkongsian yang sangat menarik berikut:

Cina Perkahwinan

Ini cara orang Cina layan isu majlis perkahwinan (Wedding).

1) Ibu Bapa pihak wanita akan galakkan supaya menantu buktikan kemampuan membeli rumah dulu sebelum meminang/merisik – dan lazimnya dengan cara lembut (soft approach) untuk memastikan nama anak perempuan mereka muncul dalam Geran Tanah/Rumah.

2) Bila dah mampu beli rumah, ada kereta, baru ‘mula’ proses meminang/merisik atau buat ‘marriage proposal’.

3) Selepas itu, kami akan ‘daftar perkahwinan dulu’ bawah ROM (Pendaftar Perkahwinan). Jadilah suami isteri sah undang-undang dahulu sebelum majlis. Ambillah masa secukupnya untuk membuat rancangan majlis perkahwinan. Banyak antara kaum Cina yang mengaturkan majlis perkahwinan dari 6 bulan hingga 2 tahun setelah mendaftarkan perkahwinan dengan ROM.

4) Pasal majlis ini, biasa ada dua jenis.

– jenis pertama ialah dua majlis berasingan (lazim untuk keluarga pengantin lelaki dan wanita yang berkampung di tempat berlainan – contoh, keluarga pengantin lelaki di Sungai Petani, Kedah, keluarga pengantin perempuan di Seremban, Negeri Sembilan). Ibu bapa pengantin akan saling hadir.
– jenis kedua adalah majlis yang bergabung (dua dalam satu) 聯婚, di mana hanya ada 1 majlis sahaja untuk kedua-dua belah pihak pengantin. Saudara mara dua pihak akan hadir majlis yang sama. Majlis sebegini biasa berlaku kalau pasangan pengantin berasal dari tempat yang sama.

5) Bagi Cina, PANTANG AMBIL PERSONAL LOAN untuk membuat majlis perkahwinan. Tidak dibenarkan. Ibu bapa akan kata ‘kalau tiada duit, kami tak benarkan kahwin’. Simpan cari duit dulu. NON NEGOTIABLE. Tidak akan berlaku.

6) Ibu bapa biasa kalau mampu, akan simpan duit untuk perkahwinan anak masing-masing. Mereka akan bagi duit kepada anak-anak untuk ringankan beban mereka.

7) Budaya Cina berpisah tiada dengan ‘Ang Pow’. Kalau pernah hadiri perkahwinan Cina, depan dewan biasanya ada satu meja kaunter pendaftaran. Kaunter ada dwi-fungsi. Pertama pendaftaran, kedua, ‘rekod Duit Ang Pow’.

8) Pasal ang pow perkahwinan ini, dia ada ‘kadar rujukan’ mengikut jenis majlis (hotel, restoran, Dewan Orang Ramai),  lokasi (hotel 5-star Bukit bintang, atau restoran Jade Garden, Sungai Petani) dan juga berapa intim hubungan (pek pek emem ah cik ah sim bagi lebih. Biao shu, shu po, yi po, biao jie bayar kurang sikit. Kawan karib bagi lebih, kawan tak sekarib bagi kurang sikit).

9) Saudara mara sudah tahu, untuk bagi amount berapa dalam ang pow ikut kadar tersebut. Sebagai contoh, kalau RSVP majlis di Hotel 4/5 bintang, RM150-250 adalah biasa bagi setiap yang hadir. Ibu akan tanya dalam kumpulan WhatsApp – berapa yang akan hadir majlis perkahwinan sepupu? Ibu nak buat anggaran ang pow. Kalau keluarga ada 3 yang hadir, ibu mungkin akan sediakan ang pow RM500. Kalau ibu seorang sahaja yang hadir, mungkin RM200.

Kalau buat di restoran makan di Tampin, mungkin kadarnya RM50-RM80.

10) Bila sampai depan kaunter rekod ang pow, zaman dulu-dulu dia akan terus buka ang pow (sekarang dah jarang, dia buka bila majlis habis di rumah) dan buat catatan amount ang pow.

Tai Zee Kin (Sepupu belah pengantin wanita) – RM250
Chew Hoong Ling (sepupu xxxx) – RM300
Joan Lai (Yi Poh) – RM 500

Jadi, bila bagi ang pow, kami akan tulis dengan jelas nama di belakang ang pow itu untuk memudahkan rekod. WAJIB. Tak caya? Hadirlah majlis perkahwinan Cina, perhatikan ang pow mereka bagi. Mesti ada tulis nama di belakang.

11) Buku catatan ang pow ini, pihak ibu bapa pengantin akan simpan dengan baik. Hari kemudian bila ada anak sesiapa kahwin, ibu akan buka buku catatan tersebut (selalu disimpan dalam laci altar dewa dewi), dan cari juga berapa yang dia atau ibu bapa dia bagi masa majlis perkahwinan anak sendiri. Dia akan balas amount tersebut dan top-up sikit lagi. Kalau yang kahwin itu adalah anak tunggal, ibu akan top-up lagi ang pow tu.

12) Maka, dalam banyak majlis perkahwinan Cina, pasangan pengantin akan dapat ‘lebihan’ wang dari ang pow: cukup untuk membayar semua belanja dan kos majlis, siap ada baki lagi. Baki ini akan dibelanjakan untuk cuti bulan madu, atau beli rumah.

13) Budaya ini diwarisi sejak ribuan tahun sampai sekarang. Ang pow majlis perkahwinan seolah-olah menjadi ‘pelaburan’ yang bakal meraikan keuntungan. Kami sampai sekarang tidak pernah hadir majlis perkahwinan Cina tanpa memberi ang pow dengan amount yang setimpal.

14) Budaya ini tidak terpakai untuk mereka yang ‘mampu’ dan ‘moden’ ala Barat. Keluarga yang cukup kaya, mungkin akan suruh jangan bagi ang pow. Mereka adalah golongan minoriti.

15) Saya berasa budaya ribuan tahun ini harus diteruskan kerana ia memperlihatkan sifat kebergantungan dan memupuk semangat ‘komunal’ dengan mendalam.

16) Nasihat saya kepada kaum lain – JANGAN BENARKAN ANAK-ANAK MEMBUAT PINJAMAN/LOAN untuk majlis perkahwinan. Halangkan anak-anak daripada perbuatan ini yang boleh memusnahkan masa hadapan mereka demi nafsu ‘ego’ sendiri untuk sehari.

Sekian, terima kasih.

TAI ZEE KIN