Panggang Daging Guna Lamborghini, Lelaki Pokai Lepas Terima Bil Servis Lebih Setengah Juta 3

Panggang Daging Guna Lamborghini, Poket Lelaki Ini ‘Bocor’ Lepas Terima Bil Servis Lebih Setengah Juta

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pernah anda lihat orang panggang daging menggunakan kereta mewah Lamborghini?

Tindakan seorang pemilik kereta mewah Lamborghini menarik perhatian ramai apabila video beliau memanggang daging menggunakan api dari ekzos keretanya menjadi tular di media sosial.

BACA: Kereta Mewah Tapi Sering Rosak, Vlogger Ini Nekad Bakar Mercedes Hingga Rentung

Dalam video tersebut, lelaki tersebut kelihatan gembira menekan pedal minyak untuk memanggang daging yang dipegang seorang rakannya dengan sorakan daripada rakan-rakannya lain yang ada di lokasi kejadian.

Panggang Daging Guna Lamborghini, Lelaki Pokai Lepas Terima Bil Servis Lebih Setengah Juta 1

Namun malang menimpa apabila enjin kenderaannya terlalu panas sehingga menyebabkan tangki penyejuk bocor dan terpaksa ditarik menggunakan trak penunda.

Niat berseronok menjadi padah apabila bil membaiki kenderaan itu melebihi RM300,000 iaitu 500,000 yuan (+-RM322,026.93).

Kejadian panggang daging menggunakan Lamborghini ini dilaporkan berlaku kawasan parkir kenderaan bawah tanah di Changsha, Hunan.

Sebelum ini, seorang vlogger telah bertindak membakar Mercedes miliknya sehingga rentung selepas berang kereta mewah miliknya itu sering rosak.

Vlogger dari Russia, Mikhail Litvin dia berasa ‘tertipu’ selepas membeli kereta berjenama Mercedes bernilai RM696,000 dengan beranggapan ia berkualiti, sebaliknya kereta baharunya itu kerap ke bengkel tidak sampai setahun dipakainya.

Akibat tertekan dengan prestasi Mercedes-AMG G63 yang sering rosak, mesikupun baru digunakan pada jarak 15,000 kilometer vlogger itu nekad bakar kereta Mercedes berkenaan sehingga rentung.

Untuk wang sebanyak itu, dia mengharapkan prestasi dan ketahanan kereta mewah itu seperti apa yang diidamkan namun Litvin mendakwa sangkaannya meleset sama sekali.

Litvin turut mendakwa, pengedar kereta jenama mewah itu menolak untuk membaiki keretanya menyebabkan dia menghantar ke bengkel rakan.

Bosan terpaksa mengeluarkan wang untuk membaiki dengan kos mahal bagi sebuah kereta mewah baharu, Litvin memutuskan untuk memusnahkan Mercedes-AMG G63 itu dengan harapan akan menarik perhatian ramai.