
Panduan Keselamatan Tambahan Untuk Mereka Yang Sering Memandu Bersendirian
Beberapa hari yang lalu, kita dikejutkan dengan penemuan kereta mangsa kemalangan yang hilang sejak 29 Oktober tahun lalu di dalam Sungai Api-api, Nenasi, Pekan, Pahang.
Arwah dilaporkan hilang dan gagal dikesan ketika dipercayai sedang memandu bersendirian ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu selepas pulang dari menziarahi keluarganya yang tinggal di Pasir Gudang.
Susulan dari berita yang amat menyedihkan tersebut, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan telah membuat perkongsian berikut di laman Facebooknya sebagai langkah-langkah dan panduan keselamatan tambahan yang boleh diambil oleh orang ramai yang sering memandu secara bersendirian.
Perkongsian yang sungguh bermanfaat dari Dr Kamarul tersebut telah menerima beribu-ribu komen serta telah mendapat hampir 30 ribu Likes dan 40 ribu Shares setakat ini.
Diharap keluarga Allahyarham Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain terus tabah dalam menghadapi waktu yang penuh dukacita dan sukar ketika ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.
Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang.
Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.
Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan.
Kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dan sebagainya).
Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.
Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp. Caranya:
1) Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.
2) Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas). Rujuk gambar ke-3.
3) Di tetingkap pilihan jenis kepilan (attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi). Rujuk gambar ke-4.
4) Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live (ikon pin bergerak). Rujuk gambar ke-5.
5) Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan. Rujuk gambar ke-6.
6) Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.
Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.
Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.
Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
#NotaKesihatanDrKamarul
BACA: Malaysia Disenarai Antara Negara Paling Tertekan Untuk Memandu
Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan
Trending now



