Panduan Keselamatan Facebook Dating

Guna Facebook Dating? Baca Panduan Keselamatan Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Facebook telah memperkenalkan ciri terbaharu iaitu Facebook Dating dan Malaysia antara 14 buah negara yang mempunyai ciri tersebut. Ciri ini boleh digunakan secara terus melalui aplikasi Facebook tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan.

Ia boleh digunakan untuk mencari pasangan berdasarkan kategori yang dipilih contohnya minat dan kumpulan yang sama. Secara umumnya, ciri ini dibangunkan bagi membantu pengguna Facebook mencari pasangan atau jodoh melalui dalam talian.

Apabila fungsi Facebook Dating ini diaktifkan, anda dapat melihat cadangan pasangan yang dipamerkan mengikut spesifikasi pengguna itu sendiri dalam lingkungan jarak maksimum 100km.

Penggunaan aplikasi ini mungkin akan mendedahkan anda mengenai maklumat peribadi walaupun sudah dijamin privasi pengguna.

Panduan Keselamatan Facebook Dating
Sumber: Kron4

Melalui perkongsian di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police), beberapa keselamatan perlu dititikberatkan bagi mereka yang bercadang untuk menggunakan aplikasi tersebut untuk mencari pasangan.

Antara ciri keselamatan yang perlu dititikberatkan ialah:

Panduan Keselamatan Facebook Dating

Justeru, sentiasalah berwaspada dalam menggunakan aplikasi ini. Tidak salah untuk mencari jodoh di sini, tetapi utamakan keselamatan agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang.

Sumber: FB Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

 

Antara anime lejen,

ONE PIECE : Manga Paling Laris

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.