Pandemik Buat Amerika Baru Sedar Cuci Guna Air Lebih Jimat Berbanding Tisu Tandas

Amerika Baru Sedar Guna Air Lebih Jimat Dalam Tandas

Pandemik Buat Amerika Baru Sedar Cuci Guna Air Lebih Jimat Banding Tisu Tandas

Di Malaysia, hanya sebilangan kecil tandas sahaja yang tidak menggunakan paip atau bidet. Bagi kebanyakan orang Malaysia terutamanya Muslim, penggunaan air paip selepas ‘melepaskan hajat’ adalah penting kerana Islam sangat menitikberatkan tentang kesucian pakaian dan tubuh badan.

Bagi rakyat Amerika Syarikat, mereka lebih gemar atau secara tradisi menggunakan tisu tandas.

Sejak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia, stok tisu tandas semakin susah untuk diperolehi dan mereka mula menyedari bahawa penggunaan bidet ataupun alat yang mengeluarkan air untuk mencuci selepas melepaskan hajat merupakan alternatif kepada tisu tandas.

BACA: Ratusan Gulungan Tisu Tandas Dirompak Gara-Gara Pembelian Panik Akibat Koronavirus

Sebuah laman sesawang perkembangan teknologi, Digital Trends, melaporkan bahawa penggunaan bidet di Amerika merupakan alternatif baharu untuk menggantikan tisu tandas. Ini berikutan pelaksanaan perintah berkurung dan memaksa mereka untuk memikirkan jalan yang lebih menjimatkan dan bijak.

Laporan tersebut menyatakan bahawa penggunaan bidet dapat mengurangkan penggunaan tisu tandas sebanyak 75 peratus atau lebih.

Untuk pengetahuan anda, satu keluarga memerlukan sekitar 409 gulung tisu tandas biasa di negara tersebut.

Namun, sejak perintah berkurung dikuatkuasakan, penggunaan tisu tandas ini berkemungkinan diperlukan 24/7. Ini menjadikan jumlah penggunaan meningkat kepada 140 peratus berbanding penggunaan hari biasa.

RM1,200 setahun untuk tisu tandas

Jumlah ini bersamaan dengan sekurangnya-kurangnya USD 300 atau RM1,200 setahun! Itu pun untuk tisu tandas yang mempunyai kualiti yang paling rendah. Jika inginkan tisu tandas yang lebih berkualiti, mereka harus membelanjakan jumlah yang lebih besar dari itu.

“Orang tidak lagi berhasrat untuk mengumpul tisu tandas sebanyak mungkin setelah menyedari apa yang dibelanjakan setiap bulan (membeli tisu tandas), bidet menjadi alternatif terbaik.”

Mereka mula menyedari bahawa penggunaan bidet jauh lebih jimat kerana hanya menggunakan sejumlah 1/8 gelen air untuk satu kali cucian berbanding penghasilan segulung tisu tandas yang menggunakan 37 gelen air, 1.3 KWh elektrik dan 0.6 gram kayu.

Setelah menyedarinya, kebanyakan mereka bersetuju terasa lebih bersih setelah menggunakan air melalui bidet berbanding tisu tandas yang hanya sekadar mengalihkan bakteria di kawasan tersebut dan hanya 3 helai tisu tandas sahaja digunakan untuk mengeringkan anggota selepas cucian.

Amerika Baru Sedar Guna Air Lebih Jimat Dalam Tandas

Punca tidak gunakan bidet

Bidet tidak begitu popular di Amerika sebelum ini kerana kebanyakan mereka tidak terbiasa dengan sensasi dingin apabila tiba-tiba dicuci menggunakan air.

Selain itu, penggunaan air dalam tandas menyebabkan lantai tandas licin dan kotor dan harganya agak mahal untuk sebuah bidet di sana.

Jika mereka bijak, boleh sahaja guna paip air seperti di kebanyakan rumah di negara ini. Itupun, jika mereka tahu menjaga kebersihan selepas menggunakan air dalam tandas.

Sumber: Digital Trends