Pandelela Jelas Sebab Baru Dedah Isu Gangguan Seksual

Pandelela Rinong Jelaskan Sebab Baru Dedah Insiden Gangguan Seksual

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pendedahan mengejutkan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mengenai jurulatih yang sering membuat lawak berbaur lucah terhadap dirinya dan rakan atlet telah membangkitkan isu lebih serius.

Kini, beliau tampil menjelaskan sebabnya berkongsikan pengalaman pahit tersebut menerusi ciapan di laman Twitter rasminya.

Beliau mengatakan tujuan berkongsi pengalamannya mengenai gangguan seksual yang melibatkan bekas jurulatihnya untuk memberi sokongan dan menggalakkan mangsa lain untuk bersuara.

“Saya berkongsi pengalaman buruk itu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, dan sokongan kepada mangsa di luar sana, yang sentiasa dalam dilema, sama ada mahu bersuara atau berdiam diri.

“Paling penting, pemboleh dan penyokong pihak yang membuat gangguan seksual tidak seharuskan disensasikan. Orang lain mungkin lupa, tetapi bukan mangsa,” katanya menerusi akaun Twitter.

Pandelela Dedah Jurulatih Gurauan Lucah
Sumber: The Malaysian Reserve

Ciapan itu dibuat hanya beberapa jam selepas Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu dilaporkan mempersoalkan tindakan Pandelela yang baharu sekarang mendedahkan perkara tidak bermoral itu selepas kira-kira tujuh tahun isu itu berlaku.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tambun itu sekali lagi menegaskan beliau langsung tidak mempersolakan motif Pandelela tetapi menyatakan keperluan untuk mengetahui perincian yang menyebabkan timbul semula pendedahan terrbabit.

Katanya lagi, kenyataan beliau pada sidang satu sidang media berhubungan perkara itu telah diterbitkan di luar konteks sehingga menimbulkan kemarahan ramai pihak yang tersalah faham.

Terdahulu, Gobind Singh Deo (PH-Puchong) mendakwa Menteri Belia dan Sukan seolah-olah tidak memberi sokongan kepada Pandelela dan atlet wanita dalam insiden gangguan seksual.

Sebelum ini, Pandelela tampil membuat pendedahan seorang jurulatih sering membuat lawak berbaur lucah dengannya. Tambahnya lagi, ketika itu beliau hanya mampu untuk berdiam diri dan berpura-pura ketawa kerana rasa bimbang dan takut.

Sumber: Awani