Pandang Serius Fitnah Ayam Berulat, McDonald’s Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Pandang serius fitnah ayam berulat, McDonald’s cadang teruskan dengan tindakan undang-undang.

Minggu lalu, tular di media sosial mengenai dakwaan seorang gadis yang diberikan ayam goreng berulat daripada restoran makanan segera popular, McDonald’s.

BACA: Gadis Mohon Maaf Dan Mengaku Sebar Fitnah Ayam Goreng McD Berulat

Tindakan beliau memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkan beberapa ekor ulat itu telah menimbulkan rasa jijik dalam kalangan netizen dan dikongsi secara meluas di medium media sosial.

Pandang Serius Tohmahan Ayam Berulat, McDonald's Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Tidak lama kemudian, gadis tersebut mengeluarkan kenyataan terbuka memohon maaf kepada pihak McDonlad’s Malaysia atas dakwaan palsu yang bersifat memfitnah dan mengakui ayam tersebut sebenarnya sudah dibeli beberapa hari dan dibiarkan dalam suhu bilik.

“Saya mengesahkan bahawa kenyataan saya itu telah dibuat secara melulu dan tanpa usul periksa oleh saya.

Pada hakikatnya, Ayam Goreng McD yang saya paparkan dalam siaran Twitter saya tersebut telah dibeli dan disimpan di rumah saya beberapa hari sebelum itu.

Oleh itu, ianya telah terdedah kepada suhu persekitaran yang mengakibatkan makanan tersebut menjadi tercemar.”

Menerima kecaman atas tindakan tidak bertanggungjawabnya, McDonald’s dalam satu kenyataan rasmi semalam memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat termasuklah netizen yang ‘reposted or republished her article’.

Dalam dunia yang bersandarkan kepada teknologi, sosial media menjadi platform untuk orang ramai menyuarakan pendapat sehingga menyebabkan reputasi dan kredibiliti individu, organisasi atau komuniti dipersoalkan.

Maka, McDonald’s pandang serius mengenai tohmahan yang dilemparkan kepada mereka.

Pandang Serius Tohmahan Ayam Berulat, McDonald's Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang
Sumber: McDonald’s

Meminta agar orang ramai berhati-hati dengan apa yang dikongsikan di media sosial, McDonald’s menjelaskan keselamatan makanan adalah salah satu perkara utama yang menjadi kepentingan mereka dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan mereka di seluruh negara.