Pandang Dekat Pelitup Muka Jenama Apple – Video ‘Buka Kotak’

Sumber: Unbox Therapy

Dunia masih lagi belum menang dalam melawan wabak pandemik COVID-19.

Susulan dengan itu, sebagai langkah memastikan keselamatan para pekerja mereka, pada awal September lalu Apple dilaporkan telah menghasilkan sendiri topeng pelitup muka khas untuk kegunaan kakitangan syarikat.

Dihasilkan dalam dua versi iaitu Face Mask (topeng muka biasa tiga lapis) dan Clear Mask (topeng muka jenis perubatan/pembedahan lutsinar), versi Face Mask sedikit unik kerana direka sedikit luas – menutup kawasan hidung dan dagu selain daripada tali yang boleh diubah suai kepanjangannya mengikut keselesaan pengguna.

Pandang Dekat Pelitup Muka Jenama Apple – Video ‘Buka Kotak’

Buat masa sekarang, Apple tidak berhasrat untuk menjual topeng pelitup muka yang datang dengan pelbagai saiz dan boleh digunakan sehingga lima kali cucian ini.

Tonton video penuh ‘buka kotak’ dari pandang dekat topeng pelitup muka Apple di pautan bawah: