
Panas Baran? Sering Pukul Anak? Cuba Tip Ini Untuk Belajar Mengawal Perasaan Anda
Sering kali kita terbaca kisah menyayat hati di media sosial dan akhbar mengenai ibu bapa atau penjaga yang hilang pertimbangan ketika memukul anak kecil ketika marah sehingga menyebabkan kecederaan teruk kepada mereka.
Alangkah sedihnya melihat pada hari ini juga masih lagi kerap berlaku kes kehilangan nyawa akibat penderaan kanak-kanak yang tidak berdosa yang besar kemungkinan disebabkan oleh sikap panas baran dan pemarah yang tidak dapat dikawal oleh golongan dewasa.
Oleh yang demikian, Siti ‘Aisyah Rozalli dari GymCademy ada berkongsi tip berguna yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa atau sesiapa sahaja yang panas baran dan ingin belajar cara-cara untuk mengawal perasaan mereka dari bertindak memukul atau mencederakan anak kecil.
Jom ikuti perkongsian yang dibuat melalui hantaran di Facebooknya ini untuk manfaat bersama.
Tips kalau kita parents yang PANAS BARAN DAN SELALU TERLEPAS PUKUL ANAK.
1) Jauhkan diri dari anak bila kita rasa marah.
Tutup pintu bilik dan kunci, biar anak menangis di luar. Dari menangis sebab kita pukul dia.
2) Remind diri jangan pegang apa-apa alat.
Rotan ke, hanger ke. Jangan biasakan pegang dan acah-acah pukul anak. Nanti, bila kita marah, kita tak dapat kawal perasaan, takut kita terpukul lebih batasan sampai cederakan anak.
3) Pukul dinding atau lantai bila kita rasa nak pukul anak.
Baru kita rasa sakit atau tak tangan kita tu. Sekuat tu lah anak kita akan rasa sakit.
4) Ketap gigi sekuatnya kalau rasa nak menjerit dan maki hamun anak. Kita akan automatik guna suara yang lebih rendah, dan kemarahan akan dapat dikawal sedikit.
5) Tarik nafas dalam-dalam dan kira sampai 10 setiap kali rasa nak pukul atau maki anak.
Ini akan PAUSE kan rage emosi kita, dan akan beri kita ruang untuk berfikir secara logik dan rasional.
6) EMERGENCY TIPS KALAU TERLALU MARAH: Luahkan dengan suara dulu. Kalau terlalu marah, elak guna tangan. Marah verbal dulu. Nanti, slow-slow usaha untuk tak marah verbal pula.
Pukul cederakan badan dan emosi.
Marah verbal cederakan emosi.
Dua-dua kena kawal agar tak cedera.
Tapi, pukul lebih berbahaya kepada keselamatan diri dan fizikal anak.
Ingat. Kalau pukul terlalu kuat, hilang pertimbangan, boleh bawa mati.
Hilangkan pukul dulu.
Nanti, usaha hilangkan marah verbal yang rosakkan emosi anak pula.
Tapi, jangan tangguh lama sangat nak hilangkan tu. Usaha usaha usaha.
7) Minta bantuan pasangan untuk ingatkan kita.
Ingatkan dengan sentuh bahu kita, atau sebut perkataan reminder macam “ABANG…” atau “ANAK KECIL TU”…
Takut bila baca kes-kes anak kena pukul sampai cedera, kena pukul sampai koma, pukul sampai mati ni.
Hilang pertimbangan ibu ayah.
Dalam ISLAM, ada garis panduan nak rotan anak ni tau.
BUKAN UNTUK LUAHKAN RASA MARAH KITA.
#OTAisyahRozalli
BACA: Jangan Garang Sangat! Ini Sebab Kenapa Tak Perlu Pun Nak Marah-Marah Anak Kecil Anda
Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli