Israel Terbakar 4

Palestin Tawar Bantuan Padam Kebakaran Di Israel

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Akibat daripada gelombang cuaca panas melampau dan kering sejak 23 Mei lalu, Israel telah dilanda kebakaran besar yang menyebabkan hampir 3,700 ekar hutan dan kawasan komuniti terjejas.

Kebakaran yang berlaku pada hari Sabtu petang bermula di kawasan hutan di tengah Israel, iaitu Ben Shemen menyebabkan kemusnahan keseluruhan pada 40 buah rumah, puluhan buah yang lain rosak dan 3,500 orang terpaksa dipindahkan.

Israel Terbakar 1

Kawasan yang terlibat termasuklah Mevo Modiim, Gimzi, Kfar Danie, Shilat dan Neot Kedumin. Pihak polis terpaksa menutup kesemua jalan dalam masa beberapa jam dan hanya membuka satu laluan utama yang menyambung Baitulmuqaddis dan Tel Aviv.

Disebabkan itu, Israel telah meminta bantuan daripada negara berdekatan seperti Rusia, Croatia, Cyprus, Greece, Itali dan Mesir. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu pihak berkuasa Palestin turut menawarkan bantuan kepada mereka.

Israel Terbakar 2

Pada awalnya Jabatan Bomba dan Penyelamat Israel mengesyaki kebakaran tersebut adalah disebabkan oleh litar pintas elektrik tetapi atas sebab tertentu mereka mengesyaki bahawa perbuatan tersebut dilakukan individu secara sengaja.

Sumber: The Jerusalem

Seniman lagenda yang tiada ganti.

P. RAMLEE : Seniman Tanah Air Tiada Ganti

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.