Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat: Berapa Banyak Bantuan Yang Akan Diterima ‘Makcik Kiah’?

Pakej Rangsangan Ekonomi Makcik Kiah Dapat

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sebanyak RM250 bilion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19.

Untuk lebih memudahkan kefahaman rakyat, Perdana Menteri menggunakan analogi penjual pisang goreng bernama Makcik Kiah, daripada bantuan diumumkan kerajaan, rakyat mampu tersenyum dengan pelbagai bantuan disalurkan.

Pakej Rangsangan Ekonomi Makcik Kiah Dapat

Ini ringkasan untuk memudahkan kefahaman rakyat.

Latar belakang ‘Makcik Kiah’:

  • Penjual pisang goreng
  • Duduk di PPR Desa Tun Razak
  • Suami seorang pesara kerajaan dan kini bawa Grab
  • Anak Makcik Kiah seorang peminjam PTPTN
  • Pendapatan isi rumah adalah bawah RM4,000 sebulan

Berapakah bantuan yang akan diterima ‘Makcik Kiah’ di bawah pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat ini?

Bantuan tunai

1. Bayaran Prihatin Nasional – RM1,600
2. Baki BSH – RM600
3. Bantuan pesara – RM500
4. Bantuan tunai e-pandu – RM500
5. Bantuan RM200 sebulan sehingga wabak berakhir(jika suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA)

Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM3,400.

Penjimatan tunai

1. Penjimatan sewa PPR selama enam bulan – RM744
2. Penjimatan tangguh pinjaman kenderaan selama enam bulan – RM1,800
3. Penjimatan bayaran bil elektrik selama enam bulan – RM120
4. Penjimatan penangguhan bayaran balik PTPTN selama enam bulan – RM1,200
5. Penangguhan enam bulan bayaran kredit mikro perusahaan pisang goreng – RM600

Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM7,864.

Dengan bantuan yang diberikan di bawah pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat ini, Tan Sri Muhyiddin yassin berharap ia dapat mengukir senyuman kepada keluarga berkenaan dan seterusnya kepada rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lain tentang pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri, boleh ke pautan di bawah.

BACA: Ini Antara Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Yang Rakyat Bakal Terima