muhyiddin yasin

Pakej Prihatin Rakyat: Bantuan RM800 Dan RM500 Kepada 3.4 Juta Individu Bujang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat.

Jumlah berkenaan merupakan tambahan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi sebanyak RM20 bilion yang diumumkan sebelum ini.

BACA: Dasar Kerajaan Muhyiddin Yasin Atasi COVID-19 Yang Terbaik Di Dunia

Sebanyak RM128 bilion disalurkan kepada kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion lagi adalah untuk memperkukuhkan ekonomi negara.

Muhyiddin Yasin

Untuk individu bujang, jumlah bayaran Pakej Prihatin Rakyat yang akan dibuat adalah:

  • RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
  • RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

Tidak dilupakan mereka yang sudah berkeluarga, jumlah bayaran yang akan diperoleh adalah:

  • RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
  • RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

Tonton perutusan penuh di pautan bawah:

Pakej Prihatin Rakyat diperkenalkan bagi membantu rakyat yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuat kuasakan bagi memutuskan rangkaian COVID-19 berlanjutan sehingga 14 April hadapan.

Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40 yang termasuk dalam kumpulan pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

Akan mula dibayar bermula 1 April hingga wabak COVID-19 berakhir, pemberian tunai secara one-off ini diharapkan dapat meringankan sedikit beban rakyat yang terkesan.