Pakatan Harapan Akan Lantik Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Jika Kembali Berkuasa

Pakatan Harapan Akan Pilih Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Jika Kembali Berkuasa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pakatan Harapan (PH) bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuklah sekiranya pilihan raya umum diadakan secara mengejut.

Antaranya menamakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya PH kembali berkuasa.

BACA: 70% Rakyat Tak Peduli Tentang Peralihan Kuasa Tapi Tumpu Pada Isu Kos Sara Hidup – Kajian

Perancangan yang disampaikan oleh Presiden PH, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu dikatakan akan dibawa ke perbincangan mesyuarat Pakatan Harapan.

BACA: Dr Wan Azizah, Wanita Yang Paling Sabar Dengan Suaminya

Wan Azizah memberitahu beliau tidak menaruh harapan yang tinggi kepada kerajaan baharu kerana kewujudan ketidaktentuan sehingga menyebabkan persidangan Parlimen yang sepatutnya berlaku semalam terpaksa ditangguhkan kepadaa 18 Mei.

Pakatan Harapan Akan Lantik Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Jika Kembali Berkuasa 1
Sumber: FMT

Sebelum ini, Tun Mahathir berjaya mencipta sejarah menjatuhkan pentadbiran 60 tahun kerajaan Barisan Nasional dengan tiket parti PH berjanji akan menyerahkan jawatan beliau kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh masa dua tahun.

BACA: Tun Mahathir Sah Serah Surat Perletakan Jawatan, Anwar Ibrahim Puas Hati

Namun, segalanya musnah apabila Tun Mahathir menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada YDPA pada 24 Februari lalu yang membawa kepada pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai pengganti oleh YDPA sendiri.

23 Februari lalu, sumber dalaman memaklumkan bahawa kebanyakan daripada menteri sudah mengemas meja mereka untuk proses rombakan kabinet yang membawa kepada pendedahan Tun Mahathir tentang peletakan jawatan sebagai perdana Menteri pada keesokan harinya.

Sumber: Berita Harian