Sekatan Perjalan Di Sabah COVID-19

Pakar Kesihatan Awam Gesa Laksana Segera Sekatan Perjalanan Di Sabah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pakar Kesihatan Awam Gesa Laksana Segera Sekatan Perjalanan Di Sabah

Beberapa hari ini, kes penularan COVID-19 di Malaysia belum menunjukkan tanda-tanda penurunan dengan semalam (27 September), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 124 kes warganegara daripada 150 dikesan di Sabah.

Susulan itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berpendapat kerajaan perlu melaksanakan sekatan perjalanan keluar dan masuk negeri Sabah susulan kes jangkitan COVID-19 dikesan di Semenanjung Malaysia yang berasal dari negeri itu.

“Saya berpendapat pada masa ini, sekatan perjalanan perlu dilaksanakan untuk individu di Sabah untuk keluar serta mereka di luar Sabah perlu dilarang untuk masuk ke negeri itu,” katanya.

Beberapa kes tempatan terkini di Semenanjung dikesan daripada individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Mengulas lanjut, Malina berkata kerajaan perlu segera melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di kawasan yang dikesan mempunyai kluster.

“Situasi ketika itu juga dicetuskan oleh kebimbangan terhadap beberapa kluster yang telah berlaku namun sukar dijalankan pengesanan kontak secara berkesan.

“Situasi semasa di Sabah dengan mengambil kira impak ekonomi perlu dinilai dengan teliti sebelum keputusan PKP dilaksanakan secara keseluruhan negeri,” jelasnya.

Sekatan Perjalan Di Sabah COVID-19
Sumber: Codeblue

Dalam pada itu, KKM memaklumkan individu pulang dari Sabah ke Semenanjung akan dikuarantin di rumah bermula 27 September hingga 10 Oktober 2020.

Aktiviti saringan akan dijalankan kepada semua individu yang baru tiba dari Sabah di semua Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa).

Sumber: Awani