Pakar Kesihatan Akhirnya Temui Penyebab Kerosakan Paru-Paru Akibat Vape

Penyebab Paru-Paru Akibat Vape

Belakangan ini, semakin banyak kes kematian melibatkan pengguna rokok elektronik yang mana kesemua mangsa mati akibat kerosakan paru-paru.

Terkini, Malaysia menerima kes pertama berkaitan kerosakan bahagian dalaman paru-paru yang disyaki akibat menghisap vape. Seorang remaja lelaki telah dimasukkan ke hospital di Labuan akibat kesukaran bernafa dan telah diberikan rawatan bagi mengubatinya di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pakar kesihatan dari Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat telah pun menemui penyebab penyakit misteri itu. Menurut CDC, asetat vitamin E yang digunakan untuk mencairkan cecair vape mungkin antara puncanya. Ia dibuktikan apabila asetat vitamin E ditemui pada 29 sampel ujian tisu paru-paru pengidap kerosakan paru-paru akibat vape dan produk vape (EVALI).

Penyebab Paru-Paru Akibat Vape
Sumber: The Verge

BACA: Menjadi Punca Kematian, New York Haramkan Penjualan E-Rokok

Dalam sampel yang sama THC (ganja) ditemui pada 82% sampel dan nikotin pula pada 61%. Ini mungkin bukti paling kukuh bahawa asetat vitamin E memberikan kesan buruk pada paru-paru penghisap vape.

Selain itu, asetat vitamin E biasanya hanya digunakan pada cecair vape yang mengandungi THC dan kebanyakan cecair tersebut tidak dijual secara komersial. Tetapi ia tidak menolak kemungkinan bahan tersebut mungin turut digunakan pada cecair vape lain di pasaran.

BACA: Misi Henti Ketagihan Merokok Gagal, NCIG Umum Tutup Operasi Di Malaysia

Sumber: Amanz