Trump Cemuh Parasite Penerbit Filem Komen

Pakar Jangka 2.2 Juta Rakyat Amerika Syarikat Akan Maut Akibat COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pakar jangka 2.2 juta rakyat Amerika Syarikat djangka akan maut akibat COVID-19.

Mengalahkan China dengan catatan kes positif COVID-19 dengan jumlah terkini sebanyak 188,592 kes, data pakar Rumah Putih yang dikeluarkan pada semalam agak memeranjatkan.

Menjangkakan angka kematian sekitar 1.5 juta hingga 2.2 juta orang sekiranya tiada campur pihak berkuasa dalam mengurangkan kesan buruk wabak berkenaan, setakat ini Amerika Syarikat telah mencatatkan angka kematian seramai 4,055, kematian ketiga tertinggi di dunia selepas Itali dan Sepanyol.

BACA: Amerika Syarikat Atasi China, Catat Kes Tertinggi Dunia Positif COVID-19

Sekiranya ada campur tangan daripada pihak berkuasa, berkemungkinan angka kematian daripada populasi penduduk Amerika Syarikat keseluruhan 327.2 juta (2018) mungkin berjaya dihadkan sekitar 100,000 hingga 240,000 orang sahaja.

Pakar Jangka 2.2 Juta Rakyat Amerika Syarikat Akan Maut Akibat COVID-19
Sumber: Jacobin

Menjangkakan kemuncak angka kematian adalah pada 15 April dengan kadar 2,214 dalam tempoh masa 24 jam, jumlah berkenaan dianggarkan berkurangan sehingga 1 Jun dengan kadar kematian 250 orang dan berkurangan kepada 100 orang bermula 1 Julai.

Manakala, India menjangkakan lebih satu juta daripada penduduknya positif COVID-19 sehingga terpaksa mengeluarkan perintah total lockdown selama 21 hari.

BACA: Lebih 1 Juta Penduduk Dijangka Positif COVID-19, India Keluar Perintah ‘Total Lockdown’ 21 Hari

Namun India berkemungkinan besar menghadapi kesukaran dalam membendung penularan wabak ini berikutan daripada krisis berkaitan undang-undang kewarganegaraan yang menyebabkan beribu-ribu rakyat India berhimpun menyatakan protes terhadapnya meskipun perintah menghalang perhimpunan dikeluarkan.

Terdahulu, peguam Robert Eglet telah menjadi wakil kepada sekumpulan ahli perniagaan Amerika Syarikat yang mahu menyaman kerajaan China sebanyak berbilion US Dolar atas dakwaan menyembunyikan kes COVID-19 sehingga menyebabkan ianya telah merebak ke 199 buah negara dan menyebabkan mereka hilang pendapatan serta keuntungan daripadanya.

Donald Trump

Malah mereka juga mendakwa kerajaan China telah menghapuskan bukti yang mana sekiranya didedahkan, wabak berkenaan mampu dihentikan penularannya di Wuhan tanpa melibatkan negara luar yang lain.

Robert Eglet merupakan peguam yang mewakili kesemua ahli perniagaan berkenaan mempunyai reputasi tinggi selepas berjaya mendapatkan tuntutan saman USD800 juta sebagai ganti rugi penyelesaian untuk 2,500 orang ke atas sebuah casino di Las Vegas.

BACA: 6,000 Kes Positif COVID-19 Dijangka Di Malaysia Pada Pertengahan April Ini – KKM

Sekiranya benar apa yang pakar jangkakan, maka Amerika Syarikat perlu bersedia dengan lebih awal agar angka berkenaan tidak dicapai.

Sumber: Live Science