Foto Salman Otaibi

Pakai Stoking ‘Ronald McDonald’ Pun Ada, Gelagat Calon Temu Duga Jawatan Pegawai Gred 41 Ini Bikin Dekah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai yang tidak sedar, betapa susahnya untuk mendapat peluang kerja yang benar-benar stabil dan terjamin pada masa yang amat sukar ini.

Bagi yang sudah bekerja pula, ramai yang sambil lewa menjalankan tugas tanpa langsung rasa bersyukur dikurniakan rezeki berbanding jutaan lagi yang menganggur di luar sana.

Amat sukar untuk mencari mereka yang benar-benar ikhlas niat mahu bekerja semata-mata untuk mencari rezeki yang halal demi menyara keluarga.

Lebih parah, ramai pula yang terpesong mengikut nafsu dan terjebak dengan gejala rasuah seolah-olah tidak lagi kenal dosa dan pahala.

Ciri-ciri kesedaran ini amat penting dalam memilih generasi pelapis yang akan menerajui negara pada masa akan datang.

Seorang pengguna Facebook, Salman Otaibi baru-baru ini berpeluang untuk mengendalikan temu duga bagi mengisi kekosongan jawatan pegawai kerajaan Gred 41.

Ikuti hasil penemuan beliau mengenai perangai segelintir anak muda yang amat menggusarkan berikut.

Tangkap layar dari Facebook Salman Otaibi
– Tangkap layar dari Facebook Salman Otaibi

Sehari dua ni, jadi panel temu duga pegawai S41. Gred 41 ni, Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Level ni adalah level pegawai yang lebih kepada nak lead, berbanding buat kerja clerical. Lu pandai Canva ke, pandai jadi admin TikTok ke, pandai wiring ofis ke, pandai pasang P.A. system ke; itu hanyalah bonus. Kita nak tengok apa you boleh contribute untuk jabatan dari segi idea baru. Kalau temu duga gred N19, okeylah sebab pelaksana. Tapi kadang-kadang gua hairan, apa nak jadi generasi muda kelahiran 1995 ke atas ni? Adakah sebab banyak main PUBG dan Twitter atau faktor banyak makan fast food?

Semua calon graduated, dalam dan luar negara. Sijil berkeping-keping. Ada yang dah ada M.A, ada yang candidate M.A (sedang sambung belajar).

Dapatan gua:

Pertama: Tak serius minta kerja. Hari pertama temu duga, patut ada 20 calon datang. Tapi 11 orang missing in action. Hari kedua, patut ada 17 calon. Tapi, 8 orang tak datang langsung. Dia ingat minta kerja kerajaan ni macam minta kerja dengan kedai Vape agaknya? Orang lain bertahun-tahun pohon nak jadi penjawat awam, parking nama dalam web SPA dah bertahun-tahun. Jawatan gred 11 pun pohon walau ada degree. Sekali budak-budak ni boleh tak hadir tanpa sebab.

Kedua: Dress the way you want to be addressed. Ni temu duga nak cari pegawai Kumpulan A. Hatta orang temu duga DG dan S29 pun pakai semenggah. Ini tidak, ada yang sarung stoking Ronald McDonald (belang-belang), ada hak pakai kasut jogging dan macam-macam. Lu nak jadi pegawai kerajaan: Image and manage.

Ketiga: Buat homework dulu sikit sebanyak pasal kerja yang nak dipohon. Bila tanya: “Kamu tau apa tugasan kamu nanti?” Ada yang jawab: “Tak pasti pulak, saya pohon je”. Ada lagi kelakar, dia jawab: “Tak pasti pula, sebab ayah saya yang tolong pohonkan jawatan ni dalam web SPA. Saya sebenarnya ada kerja dah kat ofis bla..bla…Ayah saya yang nak sangat saya datang temuduga”.

Keempat: Masuk bilik temu duga, buat macam masuk kedai Starbucks. Menonong je terus duduk. Orang persilakan duduk, barulah duduk. Itu semua gambaran awal lu boleh dengar arahan atau tak. Kerja kerajaan ni, Rule Number One: Boss is always right. Rule Number Two: If the boss wrong, go back to Rule Number One. Tak suka rules ni, jangan kerja makan gaji dengan kerajaan. Buat bisnes sendiri atau main saham je dengan DDNFriends.

Kelima: General knowledge zero. Nama MB Pahang pun tak tau. Nama penuh Pemangku Raja Pahang pun tak tau. Mungkin ada tanya, apa kena mengena general knowledge setakat nak kerja pegawai kerajaan? Saudara saudari sekalian, kerja kerajaan ni bukan setakat know how, tapi know who.

Sekian.

BACA: Terlalu Manja Dan Banyak ‘Demand’, Elak Dari Jadi Calon Interviu Yang ‘Confirm’ Kena ‘Reject’ Seperti Ini

Sumber: Salman Otaibi