
Pakai Pelitup Muka Tiada SIRIM Kena Denda? Lelaki Ini Jelaskan Apa Yang Dimaksudkan ‘Individu’
Pengumuman terbaharu tentang pelitup muka bukan perubatan memerlukan perakuan SIRIM yang berkuat kuasa 4 Julai depan mengejutkan orang ramai.
Hal ini disebabkan mereka yang gagal mematuhi perintah tersebut bakal dikenakan denda menerusi kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
“Kegagalan mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan mana-mana syarikat dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000.
“Bagi individu pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.”
Ini bermakna, setiap pelitup muka yang dipakai oleh kita pada masa akan datang perlulah mempunyi logo SIRIM.
Bagaimanapun, kenyataan mengenai didenda dikenakan terhadap individu yang ditulis media arus perdana telah mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai.
Ramai mempertikaikan tindakan kerajaan mewajibkan penduduk Malaysia untuk membeli pelitup muka bertanda SIRIM, sedangkan beberapa negara bersepakat untuk memansuhkannya.
2 tahun dah pandemik Covid-19, kenapa baru sekarang tiba-tiba nak minta perakuan SIRIM?
Denda tak pakai mask – RM1000
Denda pakai mask tak ada SIRIM – RM100,000Dah hilang akal atau kepala hotak letak kat lutut?
— Lee SlimShady (@LeeSlimShady) April 7, 2022
Namun, seorang jurutera dikenali sebagai Ir Abdul Rahman Bahasa di Facebook mengatakan kenyataan tersebut salah sehingga mendatangkan kemarahan orang ramai.
Justeru, beliau tampil memberi pencerahan mengenai isu berbangkit tersebut.
Katanya, jika menurut kenyataan yang ditulis dalam warta kerajaan P.U. (A) 98, di bawah seksyen 4 (1):
“Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekal suatu pelitup muka bukan perubatan dan…”
Ayat itu bermaksud ia dituju kepada pembekal.
Manakala mengikut seksyen 5, “Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana peruntukan Perintah ini, melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—”
Jelasnya, kita perlu fahami ayat ‘peruntukan perintah’ yang membawa maksud mereka yang membekalkan pelitup muka perlu mendapatkan perakuan SIRIM.
Mereka yang dimaksudkan itu adalah pembekal di platform e-dagang seperti Shopee.
“Seller Type” boleh je jadi individu untuk trade kat platform tu kan? Tak perlu pun ada company.
“Jadi, nak pastikan e-commerce (e-dagang) platform pun covered. Warta pun guna ayat “individu”.
“Tu pasal bab denda individual supplier tu ada denda “masuk penjara”. Sebab kalau individual supplier tu tak mampu bayar denda RM100k, next option kena penjara lah.
“Ya lah, kadang-kadang seller kat Shopee tu, untung sikit je. Bukannya kaya macam anak Papa Megah Holding.”
Maksudnya, ‘individu’ itu merujuk kepada ‘individual trader’ atau ‘individual supplier’.
Jadi, pembekal mempunyai beberapa bulan untuk bersedia sebelum tibanya tarikh penguatkuasaan.
Bagi persoalan tentang mengapa perlunya pelitup muka bukan perubatan mendaftar logo SIRIM, boleh baca penjelasan lanjut oleh beliau DI SINI.