Merokok

Pak Cik Ini Berjaya Buktikan ‘Merokok Membahayakan Kesihatan’ Hanyalah Satu Mitos?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang pelumba marathon berumur 50 tahun dari China mengejutkan dunia apabila berjaya menamatkan larian sejauh 42 kilometer sambil menghisap rokok sebanyak 42 batang!

Hanya dikenali sebagai Uncle Chen, pelari berusia setengah abad tersebut dikhabarkan dengan selamba menamatkan acara larian marathon dengan cemerlang dalam tempoh 3 jam, 28 minit dan 45 saat sahaja.

Pencapaiannya tersebut meletakkannya di tempat ke-574 dari seramai kira-kira 1500 lagi peserta yang lain.

Menurut sumber, ini bukanlah kali pertama Uncle Chen menyertai larian sedemikian kerana sebenarnya dia merupakan seorang pelari yang berpengalaman dan aktif sejak 5 tahun yang lalu.

Masa yang dicatatkannya juga dikatakan semakin bertambah baik dari tahun demi tahun.

Tidak dinyatakan jenama rokok apakah yang dihisap oleh Uncle Chen ketika itu.

Tidak dapat dipastikan juga sama ada penganjur acara tersebut iaitu Xin’anhiang Marathon mewajibkan peserta untuk membuat saringan air kencing terlebih dahulu atau tidak.

Yang pasti, pengamal perubatan moden hari ini sudah tentu bingung dengan kejadian ini dan penghisap rokok serta vape tentunya melonjak gembira dengan pencapaian hero mereka, Uncle Chen.

Merokok

BACA: Tinjauan Dapati Kanak-Kanak Malaysia Sudah Mula Merokok Seawal 8 Tahun

Sumber: Daily Star