
Pahang Kuat Kuasa Tulisan Jawi Di Semua Premis Bermula Jan 2020
Kapal terbang yang membawa pemain Argentina, Emiliano Sala ke Cardiff City yang terhempas 21 Januari lalu telah ditemui oleh pasukan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) 4 Februari lalu.
Beliau yang dalam perjalanan dari Perancis untuk menyertai kelab baharunya, Cardiff terlibat dalam kemalangan udara ketika menaiki pesawat ringan jenis Piper PA-46. Dibeli dengan harga 17 juta euro (RM80 juta), bangkai kapal terbang yang terhempas di dasar laut persisiran pantai Guernsey ditemui setelah dua minggu dilaporkan hilang.
Bangkai pesawat berjaya ditemui setelah keluarga Emiliano mengambil tindakan mengupah sebuah syarikat penerbangan persendirian dengan bantuan dana daripada orang ramai. Masih belum menerima apa-apa perkhabaran penemuan jasad pemain posisi penyerang berusia 28 tahun itu, keluarga beliau terlihat sedikit beremosi atas kehilangan secara tiba-tiba ini.
Yang paling menyentuh emosi orang ramai ialah apabila kakak kepada Emiliano Sala iaitu Romina Sala memuat naik satu perkongsian situasi perilaku anjing kesayangan adiknya sejak dari kemalangan udara di laman Facebooknya.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10218362307552885&set=a.10202473450061378&type=3&theater
Seakan setia menanti kepulangan tuannya di hadapan pintu rumah, imej anjing jenis penyelamat dari sisi belakang tersebut yang dilihat seperti termenung memandang halaman rumah berjaya menjentik emosi sedih orang ramai dengan caption ‘Nala turut menanti kepulangan anda’.
Anjing merupakan binatang peliharaan yang sangat terkenal dengan kesetiaan mereka kepada tuannya sehingga ada di antara mengganggap haiwan tersebit bukan sekadar haiwan peliharaan tetapi juga termasuk dalam senarai ahli keluarga.
Sumber: The Sun
Tak perlu tunggu sampai negara Arab baru boleh makan Nasi Arab sedap. Singgah sahaja Al Rawsha, confirm puas hati!
Nasi Arab @Al Rawsha
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/266267080934629/