rakam dalam Instagram Story

Padah Rakam ‘Toy Story 4’ Untuk IG Story, Gadis Ini Disekat Instagram

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kita semua sedia maklum, merakam babak filem ketika tayangan sedang berlangsung di pawagam adalah dilarang sama sekali.

Untuk pengetahuan anda, sesiapa yang ditangkap atas kesalahan tersebut yang melanggar Akta Hakcipta 1987 boleh dijatuhi hukuman penjara maksima lima tahun dan dengan sehingga RM20,000.

rakam dalam Instagram Story
Sumber: Daily Express

Tetapi masih ramai lagi yang tidak mengendahkan peraturan tersebut. Kebanyakannya akan berfikir rakaman beberapa saat sahaja tidak memberi kesan.

Namun, seorang pengguna Instagram dengan nama akaun yying882 tidak boleh mengakses ke dalam akaun miliknya atas kesalahan tersebut.

Menurut hantarannya di Facebook yang kemudiannya dipadam, dia memberitahu menerima e-mel daripada pihak Instagram bahawa akaun miliknya disekat untuk dilayari selama tiga hari atas sebab pelanggaran hak cipta.

Walaupun bukan influencer atau pelakon, ini menunjukkan sesiapa sahaja boleh dikesan pihak Instagram jika merakam tanpa kebenaran di dalam wayang.

rakam dalam Instagram Story
Sumber: FB

Akta Hak Cipta Millennium Digital (DMCA) telah digunakan untuk memburu mereka mengenai ‘pelanggaran hak cipta’.

Jadi, silalah ambil perhatian unttuk tidak sesekali merakam mana-mana bahagian filem dalam wayanng atau DMCA akan mengambil tindakan terhadap anda.

Sumber: Mothership SG