Gaji Pembantu Taska Tidak Setimpal

‘Owner Pakai Honda, Barang Branded Sana Sini’ – Pembantu Taska Luah Gaji Tak Setimpal Dengan Kerja

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak dahulu lagi, isu mengenai gaji minimum pembantu taska sering diperdebatkan.

Bahkan, pernah ada usul untuk membincangkan mengenai penyelarasan gaji supaya nasib dan kebajikan tenaga pengajar diperjuangkan dengan sebaiknya.

Tular di media sosial Twitter mengenai sebuah hantaran seorang pengguna yang bekerja sebagai pembantu taska meluahkan isu gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang memerlukan mental dan fizikal.

Pengguna tersebut turut mempersoalkan gaji pembantu taska kurang daripada gaji miniumum yang disyaratkan kerajaan.

Katanya, pekerja taska menerima gaji dibawah kelayakan gaji minimum meskipun yuran asuhan kanak-kanak antara RM300-RM1,000 seorang.

“Kenapa ya gaji pembantu taska ini tak boleh terima gaji minimum macam orang lain?

“Sebelum ini, gaji minimum RM1,200, pembantu taska dapat RM1,000 sahaja dan ada tempat yang terima kurang dari itu. Mulai bulan ini gaji minimum naik RM1,500 kami hanya dapat naik RM1,200.

“Owner taska ambil bayaran seorang budak RM300-RM1,000. Kalau dikira jumlah sebulan boleh cecah RM10,000-RM25,000.”

Individu itu juga mendakwa pemilik taska menjalani kehidupan mewah dengan kadar bayaran yang mereka terima namun mengabaikan kebajikan para pekerjanya.

“Owner pakai Honda 2,3 biji, pakai barang branded sana sini, tapi gaji bangla buruh lagi tinggi dari kami staff taska.

“Sudahlah gaji sesetengah taska ada yang bayar guna personal acc sahaja, walaupun taska besar megah.”

Berikutan itu, dia mempersoal peranan kerajaan dalam membantu menyelesaikan isu gaji dengan skop kerja yang amat memerlukan tenaga mental dan fizikal.

“Maaf cakaplah, memang tak hairan kadang-kadang ada kes dera. Yang mula-mula kerja memang semua suka budak-budak, tapi lama-lama stress gaji sangat tidak setimpal dengan apa yang kami hadap hari-hari.”

Gaji Pembantu Taska Tidak Setimpal

Luahan individu itu menjadi bualan netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan kadar kelayakan gaji seorang pembantu taska.

“Sebenarnya bisnes taska tidak untung. Sebuah taska memerlukan cikgu yang ramai.”

“Dulu pernah apply kerja di taska, bila dengar gaji RM1,000 masuk 7.30a.m balik lewat, macam tak logik diakal. Handle budak bukan macam handle orang tua. Kena fikirlah kebajikan staff juga, ada perut nak kena isi, bil nak kena bayar.”

Sumber: Twitter Mag Malaya