Emas

‘Ori’ Atau ‘Fake’? 5 Cara Mudah Bagaimana Nak Pastikan Ketulenan Emas Anda

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

‘Ori’ atau ‘fake’? Tulen atau palsu? Tidak ramai yang tahu bagaimana caranya untuk menentukan ketulenan barang kemas, perhiasan atau peralatan yang benar-benar diperbuat dari emas tulen.

Masih lagi kerap berlaku kes-kes penipuan yang melibatkan mangsa kerugian besar setelah terpedaya dengan urus niaga emas palsu.

Apakah sebenarnya cara untuk memastikan ketulenan emas?

Syukor Hashim, seorang ‘sifu’ emas dari Public Gold International Bhd. ada mengajar teknik-teknik mudah yang sering digunakan dalam menentukan ketulenan emas yang boleh dijadikan panduan oleh orang ramai.

Nak tahu caranya? Jom ikuti perkongsian yang dibuat melalui hantaran di Facebooknya ini:

Emas

Soalan di hujung minggu.

“Bagaimana kita boleh tahu sama ada emas itu tulen atau palsu?”

Jawapan: Untuk orang awam, biasanya dia tak boleh tahu sama ada emas tersebut tulen atau tidak. Itu bukan kepakaran dia.

Namun anda boleh gunakan beberapa alatan untuk membantu mengenal pasti emas itu palsu atau tidak.

1) Menggunakan magnet.

Emas tulen tidak tertarik kepada magnet. Kalau emas palsu disalut dengan besi atau logam yang boleh ditarik oleh magnet maka ujian magnet boleh mengenal pasti emas tu palsu.

Emas

2) Menggunakan cutting plier.

Kedai emas selalu gunakan teknik nie. Guna plier dan potong ajer.  Boleh terus nampak sama ada ada besi atau logam lain kat dalam emas tu.

Emas

Emas

3) Menggunakan asid.

Emas boleh dicheck dengan asid test kit. Kedai emas selalu gunakan teknik ini. Emas akan digores atas batu hitam, kemudian asid akan dititis ke atas goresan emas tersebut.

Emas

4) Menggunakan mesin densimeter.

Mesin nie biasanya ada di Arrahnu. Orang perseorangan biasanya takde mesin nie sebab mahal. Mesin ini boleh mengukur ketumpatan sesuatu objek dan dia boleh tahu sama ada objek tersebut emas atau tidak.

Emas

5) Ujian terakhir tapi jarang-jarang sekali digunakan adalah ujian gigitan emas. Emas tulen nie lembut (emas 999.9). Jadi kalau anda gigit maka emas tulen boleh berlekuk.

Saya ada pengalaman gigit emas 100 gram untuk uji ketulenan emas secara gigitan (boleh tengok gambar).

Emas

Sekali ajer pernah buat ujian gigit nie. Lepas tu tak pernah buat dah 🙂

Sekian ilmu emas hujung minggu.

BACA: Terbongkarnya ‘Scam’ Pelaburan Emas Patuh Syariah Terbesar Di Malaysia – Kisah Pengajaran Buat Semua

Sumber: Syukor Hashim