
Orang Ramai Luah Rasa Tidak Puas Hati, Sistem RFID Punca Trafik Sesak
Orang Ramai Luah Rasa Tidak Puas Hati, Sistem RFID Punca Trafik Sesak.
Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) secara peringkat untuk kenderaan Kelas 1 di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) telah dilaksanakan pada Sabtu lalu.
BACA: PLUS Memperkenalkan Tol RFID Bersama Sistem Pengecaman Nombor Plat Automatik
Walau bagaimanapun, telah pun timbul isu-isu berkaitan sistem RFID yang dilaporkan tidak begitu cekap seperti yang diuar-uarkan.
Di media sosial, orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan pembukaan lorong-lorong RFID yang didakwa menyebabkan kesesakan teruk pada pagi permulaan hari bekerja.
Pengguna jalan raya juga mendakwa, terdapat beberapa kenderaan terpaksa mengundurkan kereta kerana sistem RFID gagal mengesan pelekat yang ditampal pada kenderaan mereka.
Kesesakan yang berlaku telah menyebabkan pengguna jalan raya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melepasi tol berkenaan.

Dalam pada itu, turut dipersoalkan mengapa perlu memansuhkan tol SmartTAG bagi menggantikan laluan RFID, akibatnya berlaku kesesakan teruk di kawasan itu.
Isu ini dibangkitkan oleh Aiman Psikologi di Twitter yang mendakwa kesesakan berdekatan rumahnya akibat lorong SmartTAG telah digantikan dengan lorong RFID.
Hari ini plaza tol di kawasan rumah kami akhirnya 'robohkan' lorong Smart Tag dan tukar jadi RFID, manakala lorong Touch n Go kekal seperti biasa.
Cuba teka apa terjadi?
Penuh adegan lampu reverse kereta menyala.
Mana entah aritu poster kata "ditukar secara perlahan-lahan." 🤷🏻♂️ pic.twitter.com/ohsNwE1PJ4
— Aiman Psikologi 🇲🇾 (@AimanPsikologi) January 17, 2022
RFID at E2 Sg Besi is a fucking disaster this morning. Keep your TnG card handy.
— 🏴 Azman Abdullah (@azmanrocks) January 17, 2022
Perkara ini juga diluahkan seorang pengguna laman Facebook, Mohd Azrie Mat Nor yang mengatakan sistem SmartTAG masih relevan digunakan jika kerajaan mahu berubah ke arah teknologi lebih baharu.
Selain aduan kesesakan jalan raya akibat sistem RFID yang masih belum matang, ada juga pengguna mengadu tag RFID miliknya cair terkena panas matahari. Malah ada juga yang berkata bahawa pelekat RFID tidak tahan lama dan tertanggal setelah membasuh kereta.
Aduan-aduan ini juga telah menyebabkan rata-rata orang ramai masih belum bersedia dengan penggunaan RFID selain menganggap sebagai menyusahkan.
Trending now



