Orang Ramai Desak Definisi Tempat Sesak Dan Tempat Awam Dijelaskan Bagi Elak Kekeliruan

Orang ramai desak definisi tempat sesak dan tempat awam dijelaskan bagi elak kekeliruan.

Bermula 1 Ogos (semalam), topeng penutup muka wajib dipakai di kawasan sesak dan pengangkutan awam bagi mengelakkan bertambahnya kluster-kluster jangkitan COVID-19 yang baharu.

Perintah yang dijalankan sejajar dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini menyebabkan orang ramai mendesak agar definisi tempat sesak dan tempat awam dijelaskan supaya tidak wujud sebarang kekeliruan yang boleh menyebabkan mereka didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Doktor Pesara COVID-19
Sumber: Mstar

Menurut Menteri Kanan (kluster Keselamtan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pemakaian penutup muka atau topeng muka diwajibkan di kawasan tumpuan ramai dan sesak seperti pasar, pasar tani dan pasar raya selain daripada stesen pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan bas.

BACA: Wajib Pakai Pelitup Muka Mulai 1 Ogos Atau Denda RM1,000

Dengan arahan tersebut, orang ramai boleh menggunakan topeng muka jenis fabrik yang dijahit sendiri namun spesifikasinya harus mengikut kepada spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar mengeluarkan satu garis panduan yang jelas seperti definisi tempat awam dan tempat sesak bagi memudahkan undang-undang ini difahami masyarakat seterusnya diikuti tanpa melanggar arahan.

“Contohnya, ketika dua orang berada di dalam kenderaan dan di jalan raya, adakah mereka berdua harus memakai pelitup muka kerana kenderaan mereka berada di kawasan awam.”

Ini kerana ada orang awam yang merngut denda tersebut adalah agak mahal dan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Membawa kesulitan kepada mereka yang kurang berkemampuan, ada yang mempersoalkan sama ada topeng muka menjadi punca sebenar wabak pandemik ini menular p\semula di Malaysia pada ketika ini yang sebenarnya berpunca daripada pesakit impot yang degil.