Orang Awam Taiwan Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk

Orang Awam Dijemput Kongsi Pandangan Berkenaan Penguatkuasaan Terhadap Pemandu Mabuk

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kementerian Pengangkutan melalui Bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat (BLPD) menyeru orang awam untuk mengisi soal selidik yang dijalankan secara dalam talian mengenai ‘Pengambilan Alkohol dan Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lebih Tegas Terhadap Kesalahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk’.

BACA: Lihat Bagaimana Negara Lain Tangani Kes Pemandu Mabuk Yang Menyebabkan Kematian

Melalui satu kenyataan di Kuala Lumpur, BLPD memaklumkan soal selidik yang dilakukan dengan tujuan mendapatkan maklum balas dan pandangan orang awam berhubung kandungan alkohol yang perlu dibenarkan dalam undang-undang atau peraturan yang akan dipinda di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Soal selidik yang dihasilkan berdasarkan kepada keputusan jemaah menteri itu juga bersetuju agar Kementerian Pengangkutan mengkaji semula Akta 33 bagi menaikkan hukuman atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk termasuk menurunkan had kandungan alkohol yang dibenarkan dalam badan pemandu seperti mana standard yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Orang Awam Taiwan Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk 1

Sudah mula dilaksana sejak 21 Mei lalu hingga 4 Jun ini, orang ramai boleh menyalurkan pendapat masing-masing di pautan di bawah:

Pengambilan Alkohol dan Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lebih Tegas Terhadap Kesalahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk

3 Mei lalu, kerajaan akan menggubal undang-undang berkaitan pemandu mabuk bagi memastikan individu yang melakukan kesalahan itu dijatuhkan hukuman lebih berat pada masa hadapan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pengangkutan bagi menggubal kembali undang-undang berkaitan pemandu mabuk yang diguna pakai sejak 2005.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian