
OPR Naik Turun: Pemahaman Sebenar Tentang Diskaun, Bukan Riba dalam Perbankan Islam
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.0% baru-baru ini.
Memandangkan prospek pertumbuhan dalam negeri yang terus berdaya tahan, jawatankuasa tersebut menilai sekarang adalah masa yang tepat untuk terus mengembalikan tahap akomodasi monetari ke paras yang wajar.
Namun, terdapat salah faham dikalangan netizen bahawa kadar OPR naik turun ini membawa kepada riba. Ini adalah ulasan daripada seorang perunding kewangan, Muhamad Wafiuddin mengenai situasi ini.
Artikel Berkaitan:
-
Sekurang-Kurangnya 1,000 Rakyat Malaysia Muflis Setiap Bulan Akibat Kenaikan OPR
-
Kenapa Baki ‘Loan’ Rumah Bertambah Atau Masih Tetap Sama Walau Dah Dibayar Bertahun?
-
‘Ada Sifu Galakkan Beli Rumah Waktu Gawat’ – Lelaki Ini Kongsi Tip Pembelian Rumah
OPR naik riba, OPR turun kira macam mana?
Isu ni selalu timbul bila kadar OPR naik. Tapi tak jadi isu bila OPR turun atau masa mula-mula nak buat pembiayaan 🙈.
1. Apa sebab ada yang anggap OPR naik turun tu Riba?
Sebabnya, ada yang masuk Perbankan Islam dengan pemikiran konvensional (nak pinjam duit, bank cas atas pinjaman duit).
Padahal, tak macam tu. Pembiayaan rumah, kereta, personal dan lain-lain bukan pinjam duit dengan bank, tapi guna kontrak jual-beli, sewa, dan lain-lain.
2. Dalam bahasa mudah, masa kita berkontrak dengan bank, sebenarnya bank jual barang pada kita.
Bila jual, dah termaktub harga jualan dan % keuntungan bank ambil.
Contoh (nak beli rumah):
Pembiayaan yang kita nak: RM 250k
Jumlah bank jual ‘barang’: RM 1 Juta.
Kadar untung: 10% setahun
Tapi, bulan-bulan kita bayar mungkin 4.8% sahaja. Masa OPR turun mungkin rendah sikit, 4.5%. Masa naik mungkin kena 5.8%.
Eh, bukan sepatutnya kena bayar 10% ke sebab tu akad asal kita?
Sebenarnya macam itulah.
10% (sepatut bayar)- 4.8% (bayar bulan-bulan) = 5.2% (diskaun).
Kesimpulannya, bila OPR naik diskaun kita kurang sikit. Bila OPR turun, diskaun kita lebih sikit.
Itulah ceritanya.
Bukan nak sokong siapa-siapa. Cuma nak cerita, itulah yang berlaku dan kita setuju.
Terserah nak baca atau tak kontrak tu.
Trending now



