
Operasi SAR: Ini Sebabnya Kenapa Orang Ramai Tak Digalakkan Datang ‘Bergotong-Royong’
Seluruh negara kini sedang bersedih dengan tragedi tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di Jalan Genting-Batang Kali pada Jumaat lalu.
Rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama turut menyatakan sokongan mereka terhadap pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laman-laman media sosial.
Namun demikian, menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, orang awam, sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) masih lagi tidak dibenarkan berada di lokasi untuk sama-sama menghulurkan bantuan.
Kenapa agaknya, ya?
Pengguna Facebook, Ezreen Muhaizie Marzukhi telah membuat hantaran berikut bagi memberi sedikit pencerahan kepada orang ramai mengenai kekeliruan ini. Semoga memberi manfaat buat kita semua.
- Operasi Search And Rescue (SAR) yang berjaya tidak bergantung kepada gotong-royong, the more the merrier.
- Tapi bergantung kepada koordinasi.
- Setiap koordinasi hanya akan berjaya jika ada seorang ketua sahaja.
- Ambil contoh operasi menyelamat team bola sepak kanak-kanak di Gua Tham Luang Thailand.
- Walaupun ada bantuan pakar Amerika Syarikat dan pakar penyelam gua sekalipun, ketua operasi SAR tetap seorang, iaitu Narongsak Osotthanakorn.
- Kata putus tentang apa jua tindakan seterusnya hanya daripada mulut beliau sahaja. Walaupun ramai pakar yang terlibat.
- Sukarelawan di sana pun ramai terlibat, tapi mereka membantu dari sudut tolong memasak, tolong membasuh baju, yang mana tak melibatkan kerja-kerja SAR.
- Yang ni sesuailah untuk bergotong-royong.
BACA: ‘Keluar Air Mata Jantan’: Kisah Tragedi Gua Tham Luang Bikin Ramai Kaum Lelaki Nangis
Sumber: Ezreen Muhaizie Marzukhi