
OP SELAMAT 18: 5 Kesalahan Akan Disaman Serta-Merta, 1 Perlu Hadir Ke Mahkamah
Mulai 29 April hingga 8 Mei 2022 ini, bersempena dengan musim perayaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan OP SELAMAT 18.
Selama OP SELAMAT 18 ini berlangsung, pihak polis akan menggunakan penguatkuasaan secara tegas dan bersasar bagi menurunkan kadar kemalangan.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan keluarga dan orang lain.
Sebanyak 6 kesalahan trafik utama OP SELAMAT 18 telah disenaraikan di Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) melalui hantaran yang telah dibuat berikut:
#JomBeringat
6 KESALAHAN TRAFIK UTAMA OP SELAMAT 18
Polis Diraja Malaysia menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan menggunakan pendekatan “Total Enforcement and Services” iaitu menjalankan penguatkuasaan secara tegas dan bersasar bagi menurunkan kadar kemalangan.
Menerusi Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan bermula 29 April hingga 8 Mei depan, terdapat lima kesalahan trafik utama yang bakal dikenakan tindakan saman serta merta dan satu kesalahan yang tidak akan dikompaun namun pesalah perlu hadir ke mahkamah untuk perbicaraan.
Lima kesalahan tindakan saman serta merta adalah seperti berikut:
- Memandu melebihi had laju,
- Memandu di lorong kecemasan,
- Memotong di garisan berkembar,
- Memotong barisan ‘Q’, dan
- Tidak mematuhi lampu isyarat.
Manakala, satu kesalahan yang tidak boleh dikompaun tetapi pesalah perlu hadir ke mahkamah adalah menggunakan alat komunikasi semasa memandu.
Ingat, setiap orang mempunyai peranan, BERUBAHLAH menjadi luar biasa, patuhi undang-undang demi keselamatan keluarga anda dan keluarga orang lain.
#OpSelamat18
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#27042022
Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Trending now



