
OnlyFans Umum ‘Tarik Diri’ Daripada Perniagaan Kandungan Tidak Senonoh
OnlyFans umum ‘keluar’ daripada perniagaan kandungan tidak senonoh.
Laman web yang menjadi platform perkongsian kandungan dewasa, OnlyFans mengumumkan bahawa mereka akan keluar daripada perniagaan pornografi biarpun populariti yang dikecapi sepanjang pandemik meningkat secara mendadak.
BACA: Lelaki Ini Tepuk Dahi Apabila Tahu Ada Isteri Di Luar Sana Sanggup Layan Kandungan Dewasa Demi Suami
Bermula Oktober, syarikat akan menghalang pencipta kandungan daripada memuat naik hantaran dengan kandungan bahan yang mengandungi tingkah laku dewasa, yang mana banyak digunakan oleh pencipta kandungan untuk menjual kandungan-kandungan yang akan dibeli peminat mereka.

Menurut syarikat, perubahan arah perniagaan mereka adalah berpunca daripada tekanan yang diterima daripada rakan kongsi perbankan dan penyedia pembayaran dalam usaha untuk mendapatkan dana berjumlah USD1 bilion daripada pelabur luar.
”Dalam memastikan kelangsungan platform dan terus mengendalikan komuniti inklusif pencipta kandungan dan peminat, kami mesti mengembangkan garis panduan dalam setiap kandungan yang disiarkan.”
Walau bagaimanapun, pencipta kandungan masih lagi dibenarkan untuk memuat naik gambar dan video ‘tanpa seurat benang’ selagi mana tidak melanggar polisi yang ditetapkan oleh laman web OnlyFans.
Dengan perubahan ini, pencipta kandungan mula cemas kerana bakal mengalami pengurangan pendapatan secara mendadak kerana tidak lagi boleh menjual gambar dan video mereka di laman berkenaan.
Populariti laman web ini didapati meningkat secara mendadak sepanjang pandemik melanda dunia dan menjadi lubuk mata pencarian bukan sahaja daripada pekerja seks, ahli muzik dan pempengaruh tetapi juga daripada golongan pekerja profesional yang mengenakan bayaran untuk peminat mengakses gambar peribadi mereka secara eksklusif.
Sumber: Bloomerg
Trending now



