
Olimpik Tokyo 2020 Mungkin Batal Jika Covid-19 Masih Berterusan
Penularan wabak koronavirus Covid-19 yang membimbangkan memberi kesan kepada acara sukan berprestij Olimpik yang mana Tokyo menjadi tuan rumah untuk tahun 2020.
Seorang senior ahli jawatankuasa Olimpik antarabangsa (IOC) berkata terlalu bahaya untuk menganjurkan sukan Olimpik di Tokyo jika keadaan wabak penyakit itu masih berterusan yang berkemungkinan acara itu akan dibatalkan daripada menangguhkan atau memindahkannya.
Bekas juara renang Kanada yang pernah berkhidmat di IOC sejak 1978, Dick Pound menganggarkan ada lebih dua ke tiga bulan untuk menentukan nasib Olimpik Tokyo – keputusan boleh dimuktamadkan sehingga penghujung bulan Mei ini.
Buat masa ini, atlet digalakkan untuk memfokuskan latihan sehingga IOC memberitahu keputusannya nanti sama ada penganjuran diteruskan atau batal.

Dalam pada itu, sebanyak 1,444 kes Covid-19 direkodkan di Korea Selatan. Ia juga menjadikan Korea Selatan sebagai negara kedua yang merekodkan terbanyak selepas China.
Manakala Itali dan Iran mula mengambil langkah drastik dengan mengambil tindakan kuarantin terhadap penduduk selain kedai dan sekolah turut ditutup selepas beberapa kematian berlaku akibat wabak itu.
Sumber: Guardian
Trending now



