Nurflix Penstriman Patuh Syariah

Nurflix: Laman Penstriman Video Patuh Syariah Dari Malaysia, Bakal Diumum Tidak Lama Lagi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Nurflix, laman penstriman video patuh syariah.

Perkhidmatan penstriman video semakin hari semakin popular dalam kalangan masyarakat. Selain daripada platform konvensional seperti di televisyen atau di pawagam, kita juga kini boleh menonton filem, siri atau drama melalui telefon pintar atau laptop.

Antara laman penstriman video yang popular di sini ialah Netflix, iFlix, Viu dan Astro Go. Tidak lama lagi, sebuah perkhidmatan penstriman video bakal menemui anda, iaitu Nurflix.

Apa yang menarik tentang Nurflix ini, ia merupakan sebuah platform berteraskan panduan akidah dan syariah ini dilihat akan menampilkan pelbagai kandungan digital seperti drama, dokumentari, bual bicara dan filem seperti medium penstriman sedia ada.

Seperti yang dikongsikan seorang pengguna Facebook berkaitan laman penstriman video yang bakal diumumkan 16 Julai ini, Uthman Daud menyatakan Nurflix diasaskan oleh Shah – ahli kumpulan The Brothers yang mana beliau dari dulu lagi inginkan satu pilihan platform media yang patuh akidah dan syariah.

Platform ini mewujudkan bahagian pemantau yang dikenali sebagai Nurpath dibawah Penasihat Utama iaitu Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid, diketuai oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis dan dilaksanakan oleh para asatizah yang mana akan meneliti dan semakan kandungan pemaparan sebelum diudarakan.

Nurflix Penstriman Patuh Syariah

“Bahagian penerbitan dan produksi dihubungkan melalui Shah dan Farihin (bekas pengurus Raihan), yang menjadi jambatan kepada Nurpath.

“Drama yang dihasilkan akan dijaga kualiti sinematografi sebagaimana penonton melihat kualiti iklan-iklan seperti iklan raya dan sebagainya iaitu kualiti drama yang berkualiti sinematografi filem.

“Dan mesej utama ialah adab dan akhlak. Kenapa Nurflix ini berbeza, kerana menurut penasihat Nurflix iaitu Habib Ali Zaenal Abidin ‘kita menginginkan hidayah kepada manusia melalui wacana ini, tapi jangan diperbuat dari perkakas yang Allah murka,” katanya.

Difahamkan, terdapat pengkelasan penonton iaitu umum, wanita, asatizah dan kanak-kanak. Justeru, penonton boleh memilih mengikut pengkelasan tersebut ketika melanggannya.

“Idea ini timbul selepas timbulnya rasa risau Brader Shah dengan nasib golongan generasi yang akan datang kerana ledakan media yang berlaku sekarang hingga anak-anak kita boleh buat apa-apa sahaja tanpa sempadan.

“Doakan usaha ini berjaya dan insyaAllah akan mula bersiaran pada awal tahun hadapan.”

Menerusi perkongsian terbaharu pengasasnya, bakal dilancarkan drama khas keluaran Nurflix yang mana pelakon terkenal Mira Filzah turut bersama sekali.

https://www.facebook.com/360566661336318/videos/736545473587965/?__xts__%5B0%5D=68.ARCcGAUBVpbryqDkv2RyEpSUmmV6397hiT8_4DN-jqULcU6yQZZ6Aee9q06uMyx5BziEtGanrSYRaQuA41mSGnfqftnzCzHpX-U7gXOpNz6xt2Gqo2zWQcfjoiRB-Iah9Z6OYEnzHOELC–Oq2P1zhuxGscqsleQQKN8bLINYniTrkyK3rKmlZoqPBkA74LylAAtZy7BP064aTlrGxefgTYBRj_OmJWf3wMxyKsdGRlToXf-CYsuOEZySe-lw6pvHhJXnuzdAr2c9au_Z4U2qNqiVNCerQ7qz9khVNVIqnMXkln3VjVkR347Vx6WUab7BwHd42AiLSR5oUuzET4dWw_B5hdsh8dhae8&__tn__=-R

Tiba-tiba Odisi teringat pula laman penstriman video tempatan iaitu Aflix yang menjalin kerjasama dengan FINAS. Apa khabar sekarang ya?