Novel Fiksyen Syed Saddiq, ‘Always By Your Syed’ Buat Netizen Terhibur

Novel fiksyen peminat Syed Saddiq, Always by Your Syed.

Tidak dinafikan, wajah yang tampan ditambah pula dengan kejayaan bergelar ahli politik pada usia muda menjadi salah satu sebab mengapa bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi pujaan ramai gadis bukan sahaja di dalam negara tetapi juga dari luar negara.

BACA: Dipersenda Dalam Dewan Rakyat, Netizen Muak Tonton Telatah Tidak Matang Ahli Parlimen Lebih Senior

Tidak terhenti di situ, baru-baru ini netizen mendapati terdapatnya satu fanfiction yang dihasilkan buat Syed Saddiq di laman Wattpad bertajuk Always by Your Syed.

Sudah dibaca lebih 6,000 kali, novel fiksyen ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Hasya yang berjaya memasuki Universiti Oxford dan semasa berada di tahun kedua, beliau bertemu dengan Syed Saddiq yang merupakan juri kepada satu pertandingan perbahasan.

‘Always By Your Syed’, Satu Novel Imaginasi Tentang Syed Saddiq Buat Netizen Terkedu 6
Sumber: CLEO Malaysia

Plot cerita Always by Your Syed ini kemudian berkembang kepada alam percintaan sehinggalah keduanya mengikat tali perkahwinan.

Tidak lepas dengan ‘momen-momen’ manis, berikut antara tangkap layar yang sempat netizen kongsikan di laman media sosial Twitter mengenai novel fiksyen ini.

“Suap, please.”

‘Always By Your Syed’, Satu Novel Imaginasi Tentang Syed Saddiq Buat Netizen Terkedu 1

 

“Kalau I jadi politician, would you still love me?”

‘Always By Your Syed’, Satu Novel Imaginasi Tentang Syed Saddiq Buat Netizen Terkedu 2

 

Makin hari makin hensem.

‘Always By Your Syed’, Satu Novel Imaginasi Tentang Syed Saddiq Buat Netizen Terkedu

 

“Saddiq, you buat terawih berapa rakaat?”

‘Always By Your Syed’, Satu Novel Imaginasi Tentang Syed Saddiq Buat Netizen Terkedu 4

Carian terkini mendapati penulis sudah memadam novel fiksyen ini daripada lama WattpadTidak hanya ini, rupa-rupanya ada juga cerita fiksyen yang menjadikan Syed Saddiq sebagai ‘penyeri’ kulit muka hadapan mereka.

‘Always By Your Syed’, Satu Novel Imaginasi Tentang Syed Saddiq Buat Netizen Terkedu 5
Sumber: Lobak Merah

Fanfiction atau fiksyen peminat bukanlah sesuatu yang asing sebenarnya. Sebelum ini fanfiction yang ditulis mengenai Harry Style bertajuk After telah dijadikan sebagai buku bersiri dan filem selepas berjaya menarik bacaan sebanyak satu biliion (kini sudah mencecah 647 bilion).