
Novel Dan Filem Prekuel ‘The Hunger Games’ Bakal Diterbitkan
Penulis novel trilogi popular, Suzanne Collins nampaknya berhasrat untuk membawa kembali The Hunger Games tetapi dalam bentuk prekuel.
Novel prekuel pada kali ini berlatarbelakangkan 64 tahun sebelum kejadian trilogi The Hunger Games, yang mana pihak pemberontak gagal untuk menguasai Panem.
Penulis novel tersebut berkata, novel yang belum mempunyai tajuk itu dijangka akan mula diterbitkan pada 19 May tahun hadapan.
“Dengan buku ini, saya ingin meneroka siapa sebenarnya kita dan bagaimana kita buat keputusan untuk terus hidup,
“Dark Days, iaitu 10 tahun selepas peperangan – yang mana negara Panem sedang begolak — dan bagaimana karakter pada latar masa tersebut terus menggambarkan apa definisi mereka terhadap nilai kemanusiaan,” kata Collins dalam satu temubual.
Lionsgate, studio pembikinan francais filem The Hunger Games ini turut mengumumkan akan mengadaptasi novel prekuel itu ke layar perak.
“Kami sentiasa berhubung dengan penulis novel berkenaan dan menunggu sehingga karyanya diterbitkan sebelum diadaptasikan ke bentuk filem,” kata pengerusi Lionsgate Motion Picture Group, Joe Drake.
Jadinya, filem yang bakal dihasilkan ini tidak akan menampilkan karakter dalam filem-filem sebelum ini; watak Katniss Everdeen tidak akan dipegang Jennifer Lawrence memandangkan filem ini mengisahkan kejadian sebelumnya.
Francais filem The Hunger Games yang bermula pada 2012 telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak $2.968 billion dolar seluruh dunia.
Sumber: Screen Rant