Ahli gusti berhijab Disenarai Forbes

Nor ‘Phoenix’ Diana, Ahli Gusti Berhijab Malaysia Disenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas beberapa nama seperti Neelofa, Vivy Yusof dan Shila Amzah berjaya nama negara dalam senarai berprestij Forbes 30 Under 30 Asia, kini ahli gusti wanita berhijab yang pernah mendapat perhatian dunia turut melakar nama dalam senarai tersebut.

Ahli gusti Nor Diana atau lebih dikenali Nor ‘Phoenix’ Diana, 20, tersenarai di dalam kategori Sukan dan Hiburan, edisi muka depan Forbes. Beliau antara 12 belia Malaysia yang disenaraikan dalam tujuh daripada 10 kategori Forbes 30 Under 30 Asia 2020.

Anak jati Kuala Lumpur ini pernah mendapat perhatian media apabila menjadi wanita pertama memenangi kejohanan Malaysia Pro Wrestling (MYPW) tahun lalu selain penampilannya yang berhijab di dalam gelanggang. Beliau mula menceburi bidang ini sejak berumur 14 tahun.

Beliau yang terkenal dengan pergerakan tilt-the-whirl headscissor takedown cutter dahulunya bertanding dengan memakai topeng Pheonix. Beliau kemudiannya menanggalkan topengnya tahun lepas semasa bertanding di MYPW Wrestlenation.

Walaupun berhijab dan berjantina perempuan, ianya tidak bermakna Nor Diana menerima layanan yang istimewa. Tetap melakukan latihan bersama ahli kelab lelaki yang lain.

Dilatih oleh Ayez Shaukat Fonseka yang dikenali sebagai bintang gusti di Malaysia, imej Phoenix diberikan oleh Ayez selepas Nor Diana dipilih sebagai pengganti di sebuah acara walaupun baru dua bulan menjalani latihan pada ketika itu.

Ahli Gusti Wanita Berhijab Pertama 2

Selain Nor Diana, Anja Chong, 26, atlet ‘speed skating’ Malaysia yang memenangi empat pingat emas di dalam acara itu di temasya Sukan SEA 2017 dan 2019 turut disenaraikan di dalam kategori Sukan dan Hiburan.

Forbes 30 Under 30 Asia menampilkan usahawan, pencetus perubahan dan pemimpin muda di seluruh Asia di bawah usia 30 tahun, yang mencabar tradisi konvensional dan menetapkan semula peraturan untuk generasi akan datang.

Antara belia Malaysia yang berjaya tersenarai dalam senarai tahunan yang kini memasuki tahun kelima itu ialah Arif Tukiman, 28, pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif (CEO) RunCloud, sebuah syarikat teknologi.

Antara kategori lain yang diwakili Malaysia ialah kategori Runcit dan E-Dagang iaitu syarikat RAGE Coffee dan syarikat Dropee, kategori Kewangan dan Modal Teroka diwakili oleh Pengarah Pelaburan Kairous Capital, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Teknologi MyPay.

Selain itu, kategori Teknologi Pengguna pula terdapat wakil dari Pengasas dan Pengasas Baituljannah.

Ahli gusti berhijab Disenarai Forbes
Sumber: IG nordianapw

Sumber: BH