
Noah Lyles Kecewa Selepas Berjaya Pecah Rekod Dunia Milik Usain Bolt
Biarpun atlet pecut Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles berjaya memecahkan rekod dunia milik Usian Bolt dalam acara 200 meter, beliau tetap kecewa dengan ‘kejayaan’nya.
BACA: Banyak Kali Pecah Rekod, Kasut Nike Vaporfly Mungkin Diharamkan Untuk Acara Larian
Ini kerana tidak berapa lama selepas ‘kejayaan’ tersebut, pihak penganjur mengakui mereka meletakkan Lyles di tempat permulaan yang salah.

Pada awalnya, Lyles dikatakan mencatatkan rekod dengan kepantasan 18.91 saat pada Sukan Inspirasi di Florida, jauh ke depan berbanding rekod yang dipegang Bolt iaitu 19.19 saat pada tahun 2009.
"That CANNOT be right, can it?"
At first glance, USA's Noah Lyles appears to clock 18.91 in the men's 200m race at the #InspirationGames
But it turns out he began from the wrong starting block, only running 185m, NOT 200m.
But still very fast 🔥https://t.co/YUCNA8cqpP pic.twitter.com/17cVvvkqdX— CBC Olympics (@CBCOlympics) July 9, 2020
Namun pihak penganjur kemudiannya menjelaskan Noah Lyles hanya menamatkan larian sejauh 185 meter dan bukannya 200 meter disebabkan kesalahan penganjur.
Rekod terbaik Lyles sebelum ini hanya 19.50 saat, dan selepas menamatkan larian dan melihat catatan rekod ialah 18.91 saat, beliau nyata bingung dan tidak percaya.
Kecewa dengan kesalahan tersebut, Lyles menciap menyatakan kekecewaan dengan kesilapan yang dilakukan pihak penganjur.
You can’t be playing with my emotions like this….
got me in the wrong lane smh 🤦🏾♂️— Noah Lyles, OLY (@LylesNoah) July 9, 2020
Tahukah anda, kasut Nike edisi Vaporfly mungkin diharamkan untuk acara larian kerana telah membantu banyak pelari memecah rekod?
Oktober tahun lalu, seorang pelumba lari maraton Kenya, Brigid Kosgei, 25 tahun telah berjaya memecahkan rekod larian maraton sebelum ini (2003 – London Marathon) oleh Paula Radcliffe dengan perbezaan masa hanya 1 minit 21 saat.
Namun kejayaan beliau yang berjaya menamatkan larian dalam masa 2 jam 14 minit 4 saat dalam acara Chicagi Marathon kemudiannya menjadi kontroversi hanya kerana jenis kasut yang digunakannya.
Sumber: The Guardian