
Noah Hawley ‘Tekan’ Marvel Studios Terbitkan Doctor Doom
Pada tahun 2017, Noah Hawley, seorang penulis dan pengarah mengumumkan bahawa beliau sedang dalam proses untuk menerbitkan filem Doctor Doom, salah satu karakter protagonis utama alam semesta Fantastic Four di San Diego Comic-Con 2017.
Khabarnya skrip filem Doctor Doom sudah siap dan sekarang semuanya terletak di tangan Hawley, bagaimana beliau mahu ‘menjual’ karya tersebut kepada Marvel Studios untuk diterbitkan.
Pada awalnya, nasib Doctor Doom masih di awangan semasa berlakunya isu pengambilalihan Fox oleh Disney, yang membawa kepada pembatalan beberapa projek filem Fox Marvel.
BACA: CEO Disney Sahkan X-Men, Fantastic Four Dan Deadpool Milik Marvel Studios Secara Rasmi
Selepas pemilikan Fox oleh Disney, ada khabar angin yang mengatakan bahawa Fantastic Four akan direboot untuk diletakkan di MCU dan ianya terbukti benar apabila Marvel secara rasminya mengumumkan filem baharu Fantastic Four di San Diego Comic-Con 2019.
Menerusi perbincangan dengan ketua Marvel Studios, Kevin Feige projek filem Doctor Doom diterangkan Hawley adalah sebagai ‘far from dead’ kerana kelihatannya Marvel Studios masih berminat untuk meneruskannya.
Mendapat banyak sokongan untuk diterbitkan termasuklah daripada Russo Brothers, filem ini bakal mencipta sejarahnya sendiri kerana adalah jarang untuk seorang supervillan ada filemnya sendiri.
Sumber: ScreenRant
Intern berbaloi ke tidak untuk dibayar?
Intern Berbayar : PERLU atau TIDAK
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.