
‘No Time To Die’ Diumum Judul Filem Baharu Siri James Bond
Sebelum ini, ‘Bond 25’ merupakan tajuk sementara bagi filem ke-25 siri James Bond yang diterbitkan oleh Eon Productions untuk Metro-Goldwyn-Mayer.
Terkini, judul rasmi filem James Bond diumumkan penerbit dikenali sebagai ‘No Time To Die’. Filem perisik ini bakal menyaksikan kemunculan semula Daniel Craig selaku Ejen 007 buat kali kelima dan terakhir dalam francais tersebut.
Dalam filem terbaharu ini, Bond tinggalkan kariernya sementara sebagai perisik untuk menjalani kehidupan biasa di Jamaica. Bagaimanapun, kehidupan tenang yang diinginkan itu hanyalah sementara apabila teman lamanya Felix Leiter dari CIA muncul meminta pertolongan.
Misinya pada kali ini untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik, menjurus Bond untuk menjejak penjahat misteri yang bersenjata teknologi berbahaya.
No Time To Die juga turut dibintangi oleh Rami Malek yang memegang karakter jahat manakala Ralph Fiennes dan Ben Whishaw akan kembali dengan masing-masing membawa watak M dan Q.
Filem ini diarahkan Cary Joji Fukunaga selepas pengarah sebelum itu Danny Boyle menarik diri. No Time To Die dijadual akan ditayangkan pada April tahun hadapan.
Daniel Craig returns as James Bond, 007 in… NO TIME TO DIE. Out in the UK on 3 April 2020 and 8 April 2020 in the US. #Bond25 #NoTimeToDie pic.twitter.com/qxYEnMhk2s
— James Bond (@007) August 20, 2019
BACA: Lashana Lynch Jadi Wanita Pertama Sebagai Ejen 007 Selepas ‘Bond 25’
Wanita Sabah ramai betul yang berbakat.
EYLIA GUNTABID:Exclusive Interview
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.