
Ninja ‘Fortnite’ Tinggalkan Twitch Untuk Sertai Mixer
Streamer video terkenal, Ninja memberitahu bahawa beliau akan meninggalkan platform penyiar permainan Twitch milik Amazon untuk menyertai Mixer (Microsoft).
Dikenali sebagai Ninja, pemilik nama Tyler Blevins ini meningkat populariti menerusi fenomena pertempuran Fortnite.
Ramai berpendapat, dengan merekrut Ninja, mereka akan menarik lebih ramai penonton di Microsoft. Antara April sehingga Jun, purata jam para penonton di Twitch ialah 2.7 bilion jam, jauh meninggalkan Mixer dibelakang dengan jumlah 119.1 jam.
Walaupun begitu, bilangan penonton di Mixer meningkat sehingga 357% dari tahun sebelumnya, selain daripada pertumbuhan sebanyak 32% berbanding suku sebelumnya.
Untuk pengetahuan anda, Ninja yang bermula daripada Halo boleh menghasilkan jutaan dolar melalui eksploitasi Twitch dan sebagainya.
Melihat peralihannya ke Mixer akan mampu mencapai matlamatnya yang lebih besar, Ninja memberitahu ianya sempurna antara mencapai peluang dan kejayaan.
Untuk aktiviti streaming pertama Ninja, penonton boleh menonton secara percuma tanpa iklan tetapi ianya hanya ditawarkan dalam jumlah yang terhad.
Yang menariknya, ramai ingin melihat daripada jumlah 79,000 orang pengikutnya di Mixer, seramai manakah yang akan setia mengikutinya secara kekal (dengan bayaran).
-
-
-
-
- 8th Streamy Awards (2018) – Creator of The Year
- Esports Awards (2018) – Esports Personality of The Year
- The Game Awards 2018 – Content Creator of The Year
- 11th Shorty Awards (2019) – Twitch Streamer of The Year
Sumber: MalayMail
Sekurangnya bagi duit pengangkutan dan makan pun sudah cukup.
Intern Berbayar : PERLU atau TIDAK
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.
-
-
-